Thursday, July 28, 2011

Pen Digital Quran saya..

Ini pen digital Al-Quran saya. Incik Husband saya hadiahkan saya 2 hari lepas. Incik Husband beli dari seorang ustaz di sekolah dia. Memahami betulla suami saya ni. Rasa macam nak masuk pertandingan 'Mari Menari' dekat Astro pulak ~ hah..mintak pelempang satu..


Punyala teringin dari dulu. Sekarang baru dapat. Alhamdulillah. Harap lepas ni terus-terusan dipermudahkan dan didekatkan hati ini dengan Al-Quran. Hantaran siap bagi al-Quran, tapi bacanya liat..eh, eh, sape tu? panas..panas.. hehe..Lepas ni, insyaAllah..


Istimewanya pen ini ianya adalah pen elektronik yang apabila disentuh di mana-mana surah yang terdapat di dalam al-Quran atau buku panduan yang disediakan dalam set tu, pen itu boleh membacanya. Jangan letak kat telinga pulak ye. Bukan apa, bentuk pen ni pun sama macam termometer digital Ahmad. Karang tersilap pulak.


Setnya. Ada Al-Quran 30 juzuk, pen digital, buku panduan, indeks surah, earphone, charger, kabel, pastu ada tali sangkut kat leher rasanya -- eh, bukan untuk jerut leher.



Camtula caranya.


Ini al-Quran dan pennya. Suami kita kata jangan kena panas sebab dia macam guna infra red


Tekan-tekan je. Boleh Translate. Boleh kecik besarkan volume. Boleh pasang MP3. Boleh baca buku.





Yang ni indeks surah. Kalau nak bawak Quran agak berat, bawak yang indeks ni je dengan pen. Pen pun boleh baca indeks ni. Misalnya Surah Maryam tu, letak je muncung pen kat situ. Tapi kalau macam ni, bacaan penuh surah jela. Kalau Quran lengkap 30 juzuk tu boleh pilih ayat mana yang kita nak baca.

Comelnyaaa..jari sape tu? Jejari runcing..heh
Info lain:

1. Mengandungi set al-Quran lengkap 30 juzuk, buku doa harian, Muqaddam dan Panduan Solat. Doa mudah-mudah, doa harian yang kadang-kadang kita tak hafal pun ada.

2. Letak je kat mana-mana surah atau doa pilihan, pen sure boleh baca. Jadi jangan la letak kat tempat-tempat yang tak berkenaan ek.

3. Boleh pilih bacaan qari. Ada bacaan qari Sheikh Saad Al-Ghamidy, Abdul Rahman As Sudais. Ada qari yang baca cepat, susah sikit kita nak ikut bacaan, jadi boleh tukar.

4. Boleh tukar bahasa terjemahan bahasa Melayu dengan Inggeris. Terjemahan dia jelas dan suara agak macho ~ ngee.

5. Ada MP3 untuk nasyid jugak.

6. Boleh baca Muqaddam, doa harian, tahlil, panduan solat yang disediakan.

7. Ada earphone. Boleh pasang kat telinga sambil kita ikut bacaan. Feel-feel macam kat Mekah.

Jangan risau sebab ini pen digital Quran  yang ada kebenaran Bahagian Kawalan Penerbitan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri dan dah beberapa kali dibuat pembetulan. InsyaAllah harapnya semuanya ok.


Macamana pun, walaupun hanya Al-Quran elektronik, jangan la diabaikan adab-adab ketika membaca Al-Quran. Boleh baca SINI, SINI, SINI dan banyak lagi untuk adab-adab membaca Quran.

p/s : Program "Adik & Al Quran" di TV9 tu dihentikan siaran sebab hosnya, Ustaz Haji Zamri Haji Mohd Zainuldin menyertai perhimpunan BERSIH 9 Julai lepas ye. Harap cuma 'direhatkan' bukan diberhentikan terus sebab program tu menarik gila...


26 comments:

man yusoef said...

wuwu..bestnya!! man baru bbrp hari lepas beli tafsir al-quran...tak syok baca tapi tak phm ape pon..sob sob..harapnya semangat tu tak hangat2 taik ayam lah...

Fiza Rahman said...

Bestnya. Lpas nih bley ngaji tetiap mlm, nak posa dah kan ☺☺☺

Anamarza said...

Hadiah yang cukup bermakna, bukan sahaja untuk dunia malah untuk akhirat jugak (kalau diamalkan).

Unknown said...

sweetnya hubby ami..dalam diam dia suruh isteri dia jd isteri solehah..selamat beramal dan semoga hadiah tu digunakan sebaiknya..

bujal X said...

tak baik diorang buat ustaz zamri begitu~haih~

Anonymous said...

Errrr tau hadiah tp blh x nk tanya berapa ek harga?

wahida said...

bestnya...aku suka kalau dpt hadiah camni nok..

berapa harga? cer citer...lengkap set tu nampaknya...

amirah said...

man : tafsir kalo dibaca sendiri memang susah nak paham, kena ada cekgu sekali..

amirah said...

fiza : aah, nak bawak pi opis ari2 pasni..

amirah said...

insyaAllah akan diamalkan kak ana..

amirah said...

lydzar : insyaAllah akan digunakan sepenuhnya sebab memang hadiah idaman

amirah said...

bujal : aah..tah pape ntah..emosi la dorang ni

amirah said...

fit : rasanya dalam 3 ratus fit. rasanya husband ada sebut camtu la harga dia. kat luar 4 ratus ke 5 ratus

amirah said...

wida : errr..aah kita pun suka bebeno nok..

harga dlm 3 ratus la gitu. biasanya dlm 4- 5 ratus

sahromnasrudin said...

semoga ustaz zamri kembali dengan jayanya :-)

amirah said...

bro sahrom : insyaAllah..

mekchu said...

intelligent pen!!!

hahaha..kalo letak kat telinga ntah apa la yg kedengaran kan...

Kakzakie Purvit said...

Bagusnya... Teringin kakak memilikinya. Kakak kalau tempat kerja bawa yg tafsir. Kalau di rumah guna saja resam usmani tu...

Ust. Zamri ramai kental juga peribadinya. Allah pasti membantunya...

velasrizal said...

tak sangka ada pen cmni

edane said...

ada juga ofismate kat sini jual./. tapi belum terbeli lagik.. btw memang best dan memang banyak mengajar sebab senang kan pen tu boleh membaca

amirah said...

mek chu : takpe2..boleh dgr nasyid jugak..huhu

amirah said...

kakzakie : saya di opis kdng2 baca quran biasa je.tp bila dah ada ni bolehla bawak pulak..memang menarik sgt la kak..

amirah said...

velasrizal : dah lama dah rasanya dlm market..

amirah said...

etiey : berapa agaknya member opis jual tu?

Hanis MY said...

bestnya kak amirah! sgt praktikal...wahh kalau lah boleh cari gak satu!

shahrilhakime said...

Dah mudah sangat ni cik amirah....
dah takde dah alasan tak nak bace Al-QUran lagi ni.....