Dekat wall kawan-kawan saya di Facebook, penuh dengan status pasal perlawanan yang akan berlangsung malam ni.
Siap kat wall memasing dah tampal badge Harimau Malaya..
Dengan lirik lagu pom pom lagi..
Ada yang siap beli jersi Malaysia jugak.
Menunjukkan betapa tingginya harapan peminat bolasepak negara untuk melihat pasukan negara dalam barisan Piala Dunia FIFA 2014.
Pusingan kelayakan kedua selepas Singapura menewaskan Malaysia dengan 5 berbalas 3 gol minggu lepas dalam pusingan pertama.
Punyala semangat berkobar-kobar masing-masing sampai diriku yang kerdil ini terasa nak ikut pergi stadium sekali.
Tapi susah pulak kalau nak seludup Ahmad maklumlah insan-insan bawah umur ni.
Tapi jugak mana boleh tinggal Ahmad.
Kalau tinggal macamana nak latih beliau biasakan diri dengan stadium, tempat beliau nak kerja besar nanti..ngeee
Teringat kali terakhir tengok bola live masa Sukan Komanwel Kuala Lumpur.
Masa Malaysia score rasa macam nak menangis. Over kan? : P
Doa sangat-sangat semoga Malaysia menang bergaya malam ni.
Tolonglah menang malam ni harimau-harimau sekalian.
Anda semualah harapan kami..
Mengaumlah sekuat hati Harimau Malaya...!!!
11 comments:
amie klau ade butang like akak dah like entry ni, hihi, malaysia boleh
Assalam...hye dear...jom singgah butik...exclusive apparels and hijabs
http://www.firzaraexclusive.com/
huhu kak amirah! sesungguhnya saya kachiwa ok! penat tgk...wuwuwu... takpelah cuba lagi...
walau tak layak, harimau malaya tetap mengaum...
sedih r mesia kalah dah
penat je g stadium.
hoho~~
xpe2.
Asian Cup ngan Olympic masih ada.
walau kalah aku tetap bangga dgn kemampuan malaysia..takde pemain import bagai pastu takde drama2 ni...
harimau malaya best!!
kak amirah...selamat berpuasa...
rumah dah bising gile mcm kat stadium je hari tu! kalah, tapi kalah dgn terhormat. we did our best kan!
Haghapan Palsu.....
maleh dah ndak sembang pasei bola.....
hehheh...kighe meghajok le ni.... sayang peluang depan mate dilepaihkan macam tu je...
lama x update blog?
Post a Comment