Tuesday, July 26, 2011

Jiran Kami.

Karangan saya hari ini bertajuk "Jiran Kami"

Kami mempunyai ramai jiran memandangkan kami tinggal di sebuah rumah teres di sebuah taman perumahan.
Tidak disangka-sangka, rupanya kami mempunyai jiran yang baik hati.
Jiran tersebut adalah jiran yang tinggal di hadapan rumah kami.
Beliau sangat baik hati kerana telah menghadiahkan (??) kami seplastik buah rambutan pada hari Ahad yang lepas.
Beliau sangat baik hati walaupun kami tidak mengenali beliau selama ini.


Kami juga suka pada jiran sebelah kanan rumah kami.
Ini kerana beliau (auntie) juga baik hati kerana pernah menghadiahkan (??) sejambak (??) buah rambutan juga pada suatu masa dahulu.
Auntie sangat-sangat peramah dan kami selalu bergosip ketika auntie sempat menangkap saya sedang menyidai baju di luar.
Kadangkala saya terpaksa menipu auntie dengan mengatakan dapur saya hampir rentung untuk menghentikan perbualan dengan auntie.
Ini kerana auntie sangat peramah orangnya. 


Kami tidak berapa suka pada jiran sebelah kiri rumah kami kerana keluarga ini sangat misteri.
Malahan, kami tidak sempat berkenalan senyum mahupun bersalam dengan mereka sekeluarga.
Rumah mereka dipenuhi pokok-pokok bunga dan tidak berbunga dan selalu sahaja gelap gelita.
Semasa Ahmad masih berada dalam perut saya (??), kami tidak dapat tidur lena kerana keluarga ini sangat misteri nusantara kerana mereka suka bertukang di waktu malam atau menjelang pagi.
Mereka juga suka bersembang kuat pada pukul 12 tengah malam dan ke atas serta menumbuk sambal tengah-tengah malam buta.
Pada suatu malam, dinding bilik tidur kami seperti dikorek-korek dengan cangkul bunyinya.
Suami saya sangat risau lalu telah memanggil (?? *macam lambai-lambai pulak*) polis untuk memeriksa rumah mereka.
Mujur polis tersebut tidak menyerbu masuk rumah mereka.
Jika tidak, besar kemungkinan, kami terpaksa berpindah pada malam itu juga.. : P


Kami tidak sempat hendak bermesra-mesra-an dengan jiran tetangga memandangkan kami keluar rumah sebelum pukul 7 pagi dan balik selepas 8 malam.
Jadi kami tidak pasti kalau-kalau mereka pun agak menyampah dengan kami.
Kami pura-pura sibuk macam Perdana Menteri Uganda walaupun kami tidak kaya.
Kami hanya kerja makan gaji sahaja.
Eh, saya telah melalut dan telah terkeluar dari tajuk karangan. 
Risau pula markah ditolak oleh pemeriksa. 


Tapi saya dapat merasakan jiran saya yang saya sebutkan di perenggan pertama di atas akan turut membuat sebuah karangan bertajuk "Jiran Saya Yang Tidak Baik Hati".
Ini kerana ketika beliau memberi salam, suami saya telah menggeleng-gelengkan kepala kepada beliau membawa maksud...
"Kak, tak nak beli kak..takpe takpe..terima kasih banyak"



p/s : rindu nak buat karangan Bahasa Melayu macam SPM dulu.


28 comments:

sahromnasrudin said...

rindu nak pergi kem motivasi mcm zmn sekolah dulu heheheeee

Unknown said...

so sebenarnya jiran depan rumah tu jual rambutan eh?

Kakzakie Purvit said...

Sekarang banyak jurujual itu yg jiran nak memberi rambutan pun disangka nak menjual rambutan ye:)

amirah said...

bro sahrom : saya pun sama. teringin nak muda balik..hehe

amirah said...

lydzar : haha..takdela..kitorg tak pernah kenal jiran tu sebelum ni.tu sebab ingatkan dia saleswoman...hehe

Cik Nor said...

saya tuan pemeriksa:
markah awak kurang banyak kali ni sebab awak dah melalut dan loyar buruk. sila betulkan lagi tatabahasa anda. terimakasih.

amirah said...

kakzakie : hehehe..iye iye..punyala lama berjiran kak baru first time sy nampak muka dia..mana taknya jadi mcm tu..

amirah said...

JO : alamak..garangnya pemeriksa ni. rasuah kueh raya sepeket boleh?

wahida said...

ish..mmg misteri betul jiran ko tu..cer ko check, ntah2 ko berjiran ngan bukan manusia kot...hehe...

Anamarza said...

amie masa akak duk KL dulu ada jugak jiran sebelah rumah yg misteri, udah la tak bayar sewa pas tu menyebabkan kitaorang ni buat dosa mengumpat pasal hal dia pulak, bawak balik pompuan tak tahu sedara ke adik ke makwe ke, konfius !

bujal X said...

saya bagi 65 markah.ayat kurang bunga-bunga.haha~~

amirah said...

wida : ko jgn..dah la asik dgr org bersin tp masing2 tk ngaku..huhuhu

amirah said...

kak ana : amie masa duk kl rumah abang pun pernah ada gak camtu.siap JAWI dtg ketuk lagi..haha..sape la yg repot tu..bukan kitorng..

amirah said...

bujal : pemeriksa kedekut markah.sem depan nak masuk kelas lain..haha

Hanis MY said...

akakkkk ahaha sungguh lawak i likeeee hokeh, eh jiran belah kiri tu mmg "manakut" betullah huhu... jiran sebelah kiri ktorg pun tak geti2 nak mido ok... dah la style tolak meja kerusi tahap resaksa gorgom bisinggggg sgt2 sabar jelah huhu..yg sy peliknya tak henti2 tolak2 ee tak faham betul... tapi takde jiran baik pun sbb sy dn cinta busy mcm perdana menteri congo...keluar pg balik malam...

Fiza Rahman said...

Ekekekeke...nampak sangat suami ko tak pernah bersua ngan jiran depan umah ☺☺☺

Memang misteri nusantara jiran kiri tu.

man yusoef said...

tapi bukak laki akak cikgu ke?? asal balik selepas 8 mlm?? huhu

kejam sungguh laki akak...haha..jiran depan pon tak kenal...hihi

Anonymous said...

jiran yang bertukul tgh malam tu perompak ke

mekchu said...

hahaha... masuk je perenggan kedua, mekchu dah tersengih sendiri.. mmg mcm karangan zaman sekolah dulu.. tapi best!!!

betul ke jiran sebelah kiri tu mcm tu.. uisshhh, memang misteri ngan mengeri...

a.samad jaafar said...

amirah..
saya berminat dgn jiran yg misteri tu..malangnya cerita mcm terstop plk..aduhai.. hihihi..

sahromnasrudin said...

sape dpt jiran yg baik..memang untung sgt la...

amirah said...

hanis : jiran tu memang sungguh misteri.akak pun tiada jawapan..heh..eh, kita bersahabat rupanya..hanis congo ek..hik hik hik

amirah said...

fiza : bukan laki je, kita pun tak kenal jiran tu..hahaha...bagusss kan?

amirah said...

man : laki akak selalunya lepak jaga anak kat rumah mak dulu, pastu amik akak kat opis baru balik rumah lepas magrib..hehe..pjng kan jawpan?

kejam togeder2 kut sebab mesti dia pun tak kenal kitorang. tu pun dia terjah rumah kitorg..hhe

amirah said...

fit : tiada jwapan yg pasti..misteriiii..hihi

amirah said...

mekchu : aah mekchu. tu sebab kitorng panggil polis. takut sgt2..taktau apa yg dorang semua buat tgh2 malam..

amirah said...

yob mad : memang menarik sampai tak terceritaa..hehe

amirah said...

bro sahrom : kang 'terlebih baik' pun bahayaaa..hehe