Wednesday, May 11, 2011

Emak saya ditimpa musibah di hari ibu..

Salam semua.


Saya baru tiba di Melaka dari kampung saya di Kuala Kangsar, Perak pukul 1 pagi tadi. Emak saya terjatuh di luar rumah dan patah tulang pinggul malam 8 haribulan. Langsung tak boleh nak duduk, mengiring pun tak boleh.


Kami adik beradik berkampung di Hospital Besar Raja Perempuan Bainun, Ipoh hari Isnin dan semalam. Dah lama tak datang ke situ sejak emak saya sakit batu karang tahun 1990an dulu. Dah uzur sangat dah hospital besar ni. Sibuk pulak tu. Tapi berada di hospital memang menginsafkan dan mengingatkan kita yang kita ni makin dekat dengan KEMATIAN.


Lepas bincang, kami decide nak bawak emak pergi berubat alternatif dulu. Sebab doktor pun tak decide nak buat macamana lagi sebab emak saya ada diabetis dan hypertension. Darah tinggi naik sampai 200++.


Nak kena buat major operation sampai 4-5 jam untuk masukkan besi, tapi rasanya emak saya tak dapat bertahan. Umur pun dah 70 lebih, jadi mestilah daya ketahanan pun kurang. Doktor pun takut besi yang dimasukkan akan beri infection lain pulak. Tambah pulak doktor pun ada kata kemungkinan mak saya tak boleh berjalan semula walaupun lepas buat operation.


Takkan nak biarkan emak sampai berbulan-bulan kat hospital pulak. Jadi kita cuba rawatan lain dulu. Lepas ni, kalau tak okay juga, kami akan bawa emak ke hospital semula. Saya pun pernah ada pengalaman patah kaki, memang sakit sangat-sangat.


Kesian pada emak saya. Sedih tengok keadaan dia. Emak saya memang pernah kena strok sebelah badan kiri. Kaki kiri memang tak kuat. Sekarang patah pulak. Kalau baring lama-lama takut belakang badan pulak yang dapat jangkitan lain. Harap lepas berubat kampung sekurang-kurangnya emak saya dapat duduk macam biasa.


Tolong doakan emak saya kembali sihat macam biasa ye. Yang masih ada emak, jagalah perasaan emak kita. Saya dah hilang abah saya masa saya masih tingkatan 3. Kalau rasa-rasa nak melawan kata mak ayah kita tu, kenang-kenangkan lah kesusahan mak ayah kita dan letakkan kita dalam keadaan mereka.


Kita pun tak nak anak-anak kita menderhaka pada kita kan? Walaupun tanpa hadiah Hari Ibu ke, saya yakin emak saya tahu kami 11 beradik sayang sangat pada emak dan nak dia sihat macam biasa....





33 comments:

bujal X said...

insyaallah~~banyakkan usaha pastu tawakkal~~apapun yang penting doa~eh banyakkan bersabar tahu~

Anonymous said...

Sedih saya baca..bersabar ye..usaha mana2 yang boleh..insyaAllah ibu u akan sembuh dan ceria semula..yang penting kita kena selalu bg semangat pada ibu..supaya dia lebih kuat..berat mata memandang berat lg bahu yg memikul

kucingorengemok said...

11 orang bersatu dan berdoa untuk ibu, insyaalah semuanya ok

Bionic women said...

insyallah semuanya selamat..

cuba lah rawatan alternatif, tapi pastikan yg bebetul pandai jgn gi kat bomoh yg duk jampi2 tu jer..huhu..

akupuntur pun leh try jugak..
mungkin perhatian, dan kesungguhan amirah dan adik beradik menjaga dan berusaha demi kesihatan mak tu adalah hadiah hari ibu yg paling bermakna..
apalah sangat dengan barangan yg akan musnah suatu hari nnti berbanding dengan kasih sayang anak yg x berbelah bagi..kan?kan?

Anamarza said...

semoga semuanya dipermudahkan dan mak amie tak perlu bedah. Memang risau bila orang kesayangan kita sakit....

Fiza Rahman said...

Dugaan...Semoga mak cepat sembuh.

ana liyana said...

semoga ibu akak sehat kembali. ana pon ada hypetension. pernah bacaan smpai 200/160. warded 4 hari di GH melaka. badan lembik selembik2nya. skung ni kna pantang makan/minum. hehe.
anyway, sabar erk. semoga akak dpt mencari penawar ntok mak akak.

Syigim said...

sedih baca. moga mak amirah sembuh cepat without complication. takpe, ramai anak mak mendoakan ye tak? :) murah rezeki mak ayah amirah ye - 11 org! :)

Hanis MY said...

sedihnyaaa kak....semoga mak akak cepat sembuh... sama2 kita doa..insyaAllah...

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

kami doakan semoga ibu sdri sentiasa berada dalam lindungan-Nya...

semoga beliau juga cepat sembuh...

edane said...

moga semuanya selamat dan dipermudahkanNya.. insyallah banyakkan berdoa

Unknown said...

moga cepat sembuh mak akak!

Kancilbiru said...

sedihnya kan..sama la niza pun...arwah abah meninggal masa final sem uitm dulu...tggal mak jer..skrg ni menatang mak bagai minyak yg penuh..ekekeke

moga makcik cepat sembuh ya..amin..

Sharinginfoz said...

sorry to hear that, semoga emak cepat sembuh

ayukhairy said...

ami, sedihnya dengar berita ni...
moga mak ami cepat sembuh ye...
ami kena kuat tau..supaya salurkan kekuatan ami itu untuk bantu mak ami...ayu doakan mak ami cepat sembuh ye..

wahida said...

Ya Allah dear, sumpah aku sedih dan aku faham mcm mana perasaan ko skang ni...ko bykkan doa dan tawakal yer..

kami di sini pun terus berdoa agar makcik kembali pulih seperti sediakala...amin...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua doakan emaknya ok selalu

eelobor said...

selain daripada berusaha, jangan lupa berdoa & solat hajat tanpa putus2. Insya Allah, doa dari seorang anak kepada ibunya.

jemarioren said...

ye sama2 kita semua doakan. jangan tulis je, buat la ni juga

velasrizal said...

InsyaAllah dia akan selamat..doa byk2

velasrizal said...

InsyaAllah dia akan selamat..doa byk2

Rose said...

Semoga Allah bukakan jalan terbaik untuk kesembuhan mak awak, Amirah. Mudah2an cepat sembuh. Amin.

My thoughts and prayers are with you insyaAllah. Keep being strong.

----
It's called Excited yet Nervous

shahrilhakime said...

INsyallah.....
semue nye ok...banyakkan bersabo.... moge emak cik amirah kite cepat semboh.....

P/S: Hospital Raja PErmaisuri Bainun?? udah dekat beno dengan opis awok...

Rose said...

Salam Amirah,
ada update tak?

----
It's called Excited yet Nervous

Rose said...

Semoga Allah berikan kemudahan dan kebaikan. Amin.

----
It's called Excited yet Nervous

sahromnasrudin said...

assalamualaikum

salam ziarah di pagi ahad..

hafiz said...

doakan yang terbaik

velasrizal said...

semoga emak cepat sembuh.. mai kita doa byk2

a.samad jaafar said...

ya Allah kesiannya.. ada kat kampung ke amirah ?
saya doakan emak amirah segera sembuh.. bersabarlah.. saya pasti amirah adik beradik tahu apa yg terbaik untuk ibu tercinta..

eelobor said...

salam, nape lama tak update?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

salam ziarah di pagi rabu..lama tak buat entri????

esempoi said...

semoga selamat semuanya

ARJUNA.Inc said...

ohmy~~~..hope x ppe je...agk tggi 2...haih...mga chat je k..brsbar je k.