Wednesday, May 18, 2011

Aku Masih Di Sini...

Ye, saya masih di sini. Menghadap laptop hakmilik opis dari pukul 7.45 pagi sampai 6.30/45 petang. Saya setia mengomen blog-blog seperti biasa tapi curang untuk mengupdate blog sendiri. Tapi kalau sekali tebiat update, panjang lebor..silalah baca sampai habis kalau rajin ye..heh




Terima kasih banyak-banyak untuk kawan-kawan blogger di alam maya yang sudi mendoakan supaya emak saya kembali sembuh. Saya berdoa pada Allah moga jasa baik kalian diberikan kebaikan oleh Allah sebab itu je yang saya mampu buat. Terima kasih pada Ayu sebab sudi telefon saya bertanyakan khabar emak.

  
Syukur Alhamdulilah, kesakitan emak saya nampaknya dah semakin berkurangan, -- dapat didudukkan di wheelchair dan diangkat ke toilet. Tak menjerit-jerit sakit macam mula-mula. Syukur, mungkin Allah dorongkan kami pergi rawatan alternatif supaya emak tak lebih sakit kalau buat operation masukkan besi. Tapi tak boleh angkat selalu. Minggu ni insyaAllah balik lagi ke Kuala Kangsar. Kami adik beradik kena buat jadual balik kampung supaya emak tak sunyi sangat.


Harini terasa sangatlah boring....



Kalau kat opis minum air kosong mestilah haloba. Kadangkala, jug berserta dengan air di dalamnya hanyalah dijadikan sebagai perhiasan dalaman semata-mata. Interior design omputih kata. "Surpriseee..!" Eric Leong yang kata. Jug air masa pregnant dulu, Incik Husben yang bawa. Masa tu keromantikan terserlah lagi. Sekarang pun romantika di amour jugak tapi kurang sikit la...lalalala...


Percaya tak dulu sehari boleh abiskan sejug. Sampai kembung minum. Maklumlah, menjaga kesihatan. Sekarang ni selalunya separuh baki bawa ke bawah..heh


Rindu Ahmad demok yang dulu. Gambar masa umur 9/10 bulan. Sekarang anak saya dah selim. Boleh selongkar balik baju lama yang dia tak muat dulu. Kereta Ferrari merah sememangnya telah di park kat atas meja saya sejak tahun lepas masa saya busy -- angkut anak dan laki ke opis.

Mood saya sekarang sangatlah ke Laut Selat Melaka seperti yang disenaraikan di bawah ini:

  • mood nak pergi bercuti. Tak sabar nak tunggu hujung bulan merangkap cuti sekolah se-Malaysia a.k.a musim orang kahwin. Nak pergi berjalan jauh sikit kali ni. Harap Ahmad tak meragam. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami. Amin.

  • mood nak jadi orang kaya. Boleh di kata kan mood verangan la. Tak payah kerja, bawak mak datang Melaka, ambik maid Indonesia atau Kemboja. Duduk kat depan tivi sambil makan biskut Hup Seng cap Ping Pong cecah kopi O cap Aik Cheong togeder-geder dengan mak sambil tengok Mari Mar yang tak habis-habis lagi sampai sekarang.

  • mood nak kurus. Cuti Hari Wesak pergi Tesco jumpa satu booth pusat kecantikan a.k.a pelangsingan badan. Incik Husben yang pergi dekat dengan booth tu dan tanya macam-macam. Taktau la dia tak sedar ke buat-buat tak sedar slimming centre tu hanya untuk FEMALE CUSTOMER. Jadi, sentap sendiri, jangan-jangan Incik Husben ada niat macam Abang Jem/Salih Yaakob dalam masa terdekat? Ho ho ho..kedudukan ahkak tergugat. Amoi tu tanya "Anak berapa tahun? Ada stretch mark?" Saya angguk jujur. Amoi tu balas "euwww". Keji tau tak muka dia masa tu. Tak menjaga hati langsung..sebagai balasan kekejaman tersebut, tak jadi beli voucher dia....hahaha..padan muka..sungguh saya tak percaya benda-benda alah ni. Jadi kami beli beskal untuk workout kat Gintell..yes yes..aku kurus!! semangat! semangat! 

  • mood nak kurus. Eh, haloba banyak kali nak kurus? heh...gasakkk..sebab BMI dan ideal weight jauh panggang dari api. Dah lama tak naik mesin penimbang berat badan, boleh pulak orang yang lalu lalang tu buat muka "Eh, rosak nantiiii mesin tu.." Grrr...saya salahkan Incik Husben yang telah mendorong ke arah kegemukan saya sebab suka suruh saya masak kat rumah. Yela, saya masak sedap kan..haha..Kalau makan kat kedai, malu sket kalau buat perangai melahap..*alasan cliche* heh

  • mood whatever. Malas nak fikir pasal kerja dah sebab rasanya otak dah lama tak bergerak. Terasa macam makan gaji buta sebab datang opis semata-mata -- bukak fesbuk, bukak blogspot, blogwalking, kerja kadang-kadang je ada. Rasanya bos dah makin melupakan diriku ini sebab bos buat marketing dan meninggalkan diriku ini keseorangan..sob sob sob..ada tak macam kisah "Aku Sebatang Pen" atau "Aku Sehelai Baju"?? Time tak busy, bising takde kerja, time busy, bising banyak kerja. Iye, sayalah manusia yang suka komplen itu.

  • mood nak tengok Akademi Fantasia minggu ni..haha..kejadah apanya tetiba minggu lepas TERtengok AF9 sensorang. Sebelum ni tak pernah pulak nak tengok. Kesimpulannya dari tontonan penuh minat minggu lepas, first, Pak Nil dah nampak tua. Iye, selalu nampak dia macam samaaa je tetiap tahun. Kedua, saya suka Kak Ogy..sebab dia "ada aku kesah" pada orang yang boo boo kat dia..haha..aku suka..aku suka..ketiga, apa kehal nya pentas nya cenonit sangat. Rasanya ada yang dah terpijak peminat-peminat kat bawah tu. Oit, ni sape punya idea letak peminat-peminat macam tu? kalau pakai mini skirt tak ke boleh skodeng bulu kaki..ish ish ish..Amerika sungguh Amerika sungguh. Keempat, saya macam "ape kes bebudak ni semua nak sangat jadi artis? Yang tak menang, yang tu la yang gelemer. Baik korang takyah menang" Beria salam peluk cium padehal semua orang pun tau lepas abis konsert boleh jumpa balik. Babai je sudah la...haha..aku emo pulak.


 Ok. Dah melalut. Petanda baik saya akan update entri baru esok.. : P

24 comments:

a.samad jaafar said...

syukurlah amirah woo.. berubat alternatif kat mana ye..berminat jgk nak tahu..

nak kurus senang je.. pose selama 60 hari boleh ? hihihi..

tak penah tengok AF.. malah mcm anti plk..

velasrizal said...

tu r terkinja2 bdk duk bwh pentas af tu..mcm beruk

Lady of Leisure said...

tengah mood nak bercuti jugak ni cuma tatau nak ke mana hehe

jemarioren said...

waah bila dah senang ati baru ler dengar(?) dia menceceh itu ini. hahaha..

amirah said...

yob samad : sy pun tk berapa nk tau tp berubat dgn orang gerik kalau tak silap..pose 60 hari?cadangan ditolak sebab kalo pose masa berbuka bleh cover untuk breakfast lunch ngn diner skali..heh..anti-AF?huhu..yob ke yg bukak fanpage "Kami anti AF" kat fesbuk..hehe

amirah said...

velasrizal : tu la, sian jugak nengok kenkadang. agak2nya depa dapat duit tak??maklumla kenkadang student2 ni nk carik duit lebey..

amirah said...

lady : sabah again? sebelum perut besar nnt takley naik flight kan..? hehe

amirah said...

jemarioren : kan kan kan..selalu gitu..update seminggu sekali, menceceh kena pjng2 sket..heh

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

hahahha....
gelak baca byk sgt mood kamu, amirah oi!
mood nak kurus paling best!
kita tak tgk AF, maleh ah layan...kihkihkih

amirah said...

kak fizah : tengok AF memang tebiat..tp tetiba semangat nak nengok lagi sebab kesiannn..haha

Sharinginfoz said...

alhamdulillah, semoga semakin sembuh mak ya, anyway seronok kan kalau cuti2

wahida said...

alhamdulillah..mak dah sihat..keep koling mak tu tau...

aku pun pelik nape budak skang sibuk nak jadi retis...aku dulu sibuk nak jadi pramugari jer...hahaha!!

amirah said...

bro nik : tula, kalo dpt gi cuti..bestnya..penat la keje ni..penat kepala otak

amirah said...

wida : aah, hari2 kol skrng ni..pelik kan?bukan bebudak bapak ngn mak pun nak jugak..heh

AJ said...

sayapun mahu kurus je..tapi asyik hangat2 tahi ayam...oh,kena beli PB ni..Opsss..i don't believe in MLM producttt....

amirah said...

hihihi..bro eyriqazz, itu azam tiap2 tahun saya..PB?lahai..me too! payah nak percaya produk2 gitu..takyahla..diet jela nampaknya..

Hanis MY said...

alhamdulillah mak akak dah makin elok... semoga dia akan sembuh nanti..insyaAllah...

wah2...bab2 mood verangan ni ai mmg shuke la hehe... wahh akak nk kurus eh, sy poms...ganbatte! wah masak sedap nak g jln rumah akak la boleh?

ayukhairy said...

ami : alhamdulillah, mak dah makin sembuh..lega tul dengarnya...

wahhh...banyaknya mood ami..tak tahan betul membacanya..tang kurus tu la lagi tak tahan..hehe...

btw, ami, pasal sms tu sori tak reply smlm..dah tidur daaa...ayu malas nak jawab sms dia..buat dek je la...

Fiza Rahman said...

Phewwwww...habis pon baca ☺☺☺. tu dia bila mood menulis dah mari.

Alhamdulillah...mak dah sihat, suka dgr. Wah...nak cuti² kemana tu, mcm jauh jer destinasi. Bley ah kirim FM...ekekekeke...

Ala...klo nak kurus senang je, bagi ahmad adik, fully BF & pantang bebetul, sure kurus nyer....muahahahaha...

Bionic women said...

nak like part yg nak kurus tuh..hahaha
nak jugak encik husband gi tanya kat booth tu kan..kalau en husband saya, dia dulu yg lari..takut saya heret dia ke sana..hahaha

amirah said...

hanis : nk kurus tang mana tu? jari?hihi..boleh boleh..mai la dtg umah nnt ye..

ayu : nak kurusss sebab rasa jalan pun mengah..serius..takpe2..tau dah ayu x reply sebb dh tido sbb amie x dgr msg masuk, tetiba ad msg dr ayu..hehe

fiza : nak pergi negara dunia ke 3..hehe...blehhh..nak FM ek..nak beranak lagi? hahaha..ngeri weh


eily : agaknya dia tak tahan saya berzikir "nak kurus" "nak kurus" kat telinga dia..heh

miss cloudy said...

salam singgah... syukurlahh..

amirah said...

miss cloudy..terima ksih sebab sudi singgah yer..

shahrilhakime said...

sunggoh eiiiihhh....
cik amirah kite ni ..bile ade mood nak menulih....haaaa tu die...berjele2......ektibiti seminggu die masok sekali ....kekekeke...