Monday, April 25, 2011

Exclusion Clauses..

Hi semuaaa...!! *bajet ala-ala artis*.

hari ni memang sibuk. Bukan sibuk buat kerja pun. Kerja dah lama siap dah. Payment dari client pun dah masyuk. Maklumla, pekerja cemerlang... uhuk uhuk...carik rejeki yang halal..

Sebenarnya tengah sibuk buat legal article. Nanti nak kena publish dalam majalah firm nanti. Patutnya dah lama kena antar. Tapi lantakkkk..banyak lagi kerja lain nak kena buat kan...

Punyala memerah otak nak buat pasai tajuk apa. Last-last pilih pasal "Exclusion Clause" sudahhh. Klausa Pengecualian -- dalam General Law of Contract.

Selalunya kita tak sedar wujudnya satu klausa di dalam kontrak yang kita masuk yang "menyebabkan"  kita tak boleh atau "tidak layak" untuk menuntut ganti rugi di atas kerugian yang dialami kan?

Contohnya mcam notis yang ditampal kat car park, "All cars parked at owners' risk". Atau bila kita masuk car park je dapat tiket yang akan tulis "Kenderaan diletakkan atas tanggungjawab sendiri" atau "Tiket ini dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang diletakkan di dalam premis".

Itu adalah sejenis "exclusion clause" yang mengecualikan empunya tempat parking tu dari liabiliti. Contohnya, bayar gantirugi kalau ada apa-apa jadi pada kereta kita.

Banyak giler contoh kan. Lagi lagi..ermmm...dekat tiket wayang ada ke? Tak perasan plak. kalau kat resit pun ada tulis jugak kadang-kadang... 

Isunya adakah kita sebagai pihak berkontrak (i.e perbuatan kita masuk ke car park secara rela menunjukkan kita telah bersetuju nak masuk kontrak dengan tuanpunya car park), telah benar-benar setuju dan adakah notis tersebut betul-betul difahami dan tiada tanggungan liabiliti terhadap kita..

hehe..panjang lebar la pulak ek...next time kalo rajin la kita cerita lagi. Itu pun kalau rajinnnn la ek. Paghak jugak nak mengtranslate term-term dalam bahasa Melayu..huhu..

Byeee..jumpa esok kalau  ada rezeki panjang umur, insyaAllah....


8 comments:

Bionic women said...

hehe..bebaru ni terjadi kereta dalam pagar kuarter ni dicuri..tapi syarikat insuran kereta tu saman guard sebab kat post guard tu xder tulis pun park on ur own risk..so guard ler kena bertanggungjawab..huhu

a.samad jaafar said...

laaa.. frustnyaaaa.. baru start syok baca bersambung la pulak.. bagus n3 ni..menambahkan pengetahuan..jgn lupa sambung tau amirah..

ayukhairy said...

topik yg menarik ami...cayalah..

edane said...

harus bersambung :P

Fiza Rahman said...

Cepat buat sambungannya, nak baca ^_^

wahida said...

aku baca n3 ko terus teringat aku pernah amek subjek enterpreneur law masa part 6 kat UiTM dulu...aku mencik law!!
pening kepala otak aku...

aku respek kat ko sbb keja bidang mcm ni...

Sharinginfoz said...

kiranya benda yang tak dicover le.. mesti ada punya untuk mengelakkan sesuatu yang tidak dijangka

Amoi said...

harap bersambung

:p