Wednesday, March 02, 2011

Key Performance Indicator (KPI)

Dah biasa dengar term KPI tu kan? Kakitangan kerajaan pun sekarang dinilai dengan KPI. Tapi pagi ni tetiba mood jadi ke lautan Selat Melaka nampaknya disebabkan KPI ni la.

Dan shaitonnirrajim telah menjalankan tugas dengan baik nampaknya pagi ni. Sebab pagi ni hati rasa macam panas. Terbakar. Otak pun panas juga.

Dengan emosi yang sebegini, saya merasakan sistem KPI adalah sistem yang bukan menambahbaikan, tapi menjahanamkan institusi. Tambah lagi macam firma yang ber "business oriented" macam ni.

Tak dinafikan, memang KPI membantu untuk buat penilaian tapi dalam masa yang sama sistem ni boleh menyebabkan semua orang jadi kiasu, pentingkan diri sendiri, berdengki-dengki dan membazir masa dalam bentuk yang negatif. Masing-masing berebutkan assignment walaupun haram tak reti satu benda pun. 

Dah 2 bulan KPI saya telor. Zero. Abis tu, macam ne nak banyak buat collection kalau takde kerja masuk. Salah siapa? Takkan mereka dan keluarga mereka? Tak pasal-pasal dah termaki orang..(dalam hati jela..)

Kena pergi training firma berhari-hari, adakah menjamin mutu firma akan meningkat sedangkan banyak kerja kat opis yang terbengkalai. Macam nak pergi jalan-jalan makan angin adalah. Ok, hari ni emo. Tapi ini bukan krisis pertengahan usia sebab saya masih muda..kuang kuang kuang..

Tak boleh "ce citer" "ce citer" sekarang sebab busy.. . 

Kejadian sebenar 1.32 pm. Canteknya meja. Macam shaiton kan?
Apa pendapat korang pasal sistem KPI?

5 comments:

Hanis MY said...

ahaha lawak la tak mcm syait pun kak amirah..ok je sy tgk...biasa la tu bila busy itu adalah scene wajib ehehe..akak apo ko bondo la kpi bagai tu fenink i...

kucingorengemok said...

kpi saya adalah "berapa mug nescafe yang boleh diminum dalam sehari tanpa menimbulkan perasaan gastrik" - komen tak guna satu sen, heh heh

amirah said...

hanis..hihi..sila jgn layan emosi jiwa kacau ahkak ye..hehe..KPI tu mcm indicator performance kita camne la..

KOG : hehe..memahami memahami..itu KPI kafein ke KPI nescafe je? eh, dah pencen minum MILO ke? hik

man yusoef said...

biasa dgr perkataan KPI, tapi apekah itu KPI tidak ku fahami...indicator tahap prestasi pekerja eh? pekerja swasta tiada pon...huhu

amirah said...

man : tepat sekali! saploh markah. ada je untuk swasta. firm akak ada je. hehe..