Thursday, February 10, 2011

Jodoh...Hadir atau Perlu Di Cari?

Serius tajuk tu ye. Pasal jodoh. Kahwin. Nikah. Penyatuan dua jiwa. Please DOKTOR-DOKTOR CINTA semua, tolong saya dengan masalah kawan saya ni. Apa nak buat ye. Saya nak nasihat pun tak reti sangat bab-bab cinta *wink wink*.

Setahu saya cinta itu yang membuatkan kita rasa bahagia. Buat perkara yang gembirakan pasangan kita walaupun orang lain rasa nyampah...heh. Tapi ada juga masa-masa cinta menyebabkan kita sakit.

Kawan sepejabat saya ni, lawyer la, umur dah 29 tahun. Tahun depan dah masuk 30. Dah ada boipren. Bercinta sejak dari zaman sekolah pulak tu. ish ish ish..punyala lama. Kalaulah kahwin, anak dah sekolah masuk darjah 2 dah.

Tapi masalah dia ni, boipren dia ni takde menjurus ke arah nak kawen dengan dia. Kesian dia. Nangis meleleh2 air mata dia citer pasal boipren dia ni. Tapi dia nak kawin sangat2 sebab adik kembar dia perempuan dah kawin, dah ada anak sorang pun. Dahlah mak ayah dia asik tanya. Tiap-tiap hari tanya. Jadi, dia stress. Maunya tak stress.

Boipren dia ni memang stok-stok yang nak kena pelempang. Reti bercinta je, tapi tak reti nak ambik hati orang tua kawan ni. Lepas tu, ada ke patut dia kata dia tak pasti nak kawin ke tak dengan kawan ni. Alasan dia, kawan ni degil, susah nak ikut cakap dia. Tak pasti nak kawin ke tak memandangkan perangai kawan ni. Kata dia la.

Tapi yang herannya, budak perempuan ni sikit punya baik. Famili pun baik2. Anak ustaz ustazah. Sepanjang kat sini, tak pernah lagi nengok dia pakai seluar jeans. Ketat2 lagi le tak pernah. Baju kurung manjang. Lembut pun lembut je. Dari cara dia cerita pulak, boipren dia ni memang sangat JEALOUS. Teramat. Serius teramat. Takut dengarnya.

Nampak macam dia ni takut sangat dengan boipren dia. Nape ntah. Boipren dia ni macam dah setkan dalam kepala dia, selain dia, takde lelaki lain akan kawin dengan kawan ni. Tu yang takut sangat nak mintak clash tu. "Kak, aku takut takde orang nak kawin dengan aku ni kak..."

Dia betul2 nak kawin sebelum umur dia 30. Ya, tuan-tuan dokter sekalian, tolong bagi nasihat sket....

9 comments:

BIONIC WOMEN said...

hado....memng ler kalau baca macam tu kita akan kata, yg pompuan tu watper tunggu lagi cari ler yg lain kan? tapi bila kita alami, memang kita akan rasa susah, dulu me memang pernah bercinta ngan salah org..
susah jugak nak mengelak dari dia nih. pendek kata macam lebeh kurang jer ngan lelaki itu, barannya, x pandai amik hatinya, jelesnya..last2 1 hr me tekad, no more him in my life..me lari jauh2 bawak diri (lari ke KL..tapi kerja ler)...then kat sini ler me jumpa jodoh ngan hubby..kawan sekejap jer..lepas kenal hati budi skit2 kawin, pastu baru cintan2 lebih2..
yg penting kena tekad, yakin Allah akan sediakan sesuatu yg lebih baik utk kita....kena yakin pada Allah, walaupun kita x yakin sgt pada diri kita..insyallah Allah akan bantu..

me pun ramai kengkawan yg mengadu x bertemu jjodoh lagi..macam ler me ni pakar jodoh

Hanis MY said...

hadoiiii pengsan! bercinta sejak dr sekolah tu wah2 betul tu kak kalau kawin dah ada anak darjah 2 huhu... heran sungguh...dah lama betul tapi belum sampai seru... syian dia kena mondset dgn bofren t*k g*n* tu huhu over acting plak sy ni... tny la dia kak..dia boleh hidup tak tanpa bofren dia tu? bg reverse psikologi ke ckp kat dia kalau takmo kawin gak dgn sy kita putus chenta lebih baik tak kawin dr berchenta tanpa arah tuju. ececeh..pepandek jek haha, tak logik la kak dah lama chenta2 takkan takde perasaan kawin kutttt... skrg ni ada tak calon lain bg ppuan tu? kalau lelaki yg takde fikir pasal kawin siap boleh ckp statement mcm tu "tak pasti nak kawin dgn dia ke tak" baik takyah menaruh harapan atau bercinta lg dgn org tu..biar pahit kecewa skrg untk bahagia di kemudia hari uhuhu.... sy doakan semoga dia akan dpt jodoh terbaik... suruh la dia mohon petunjuk Allah...nekad sikit jgn duk buang masa dgn lelaki mcm tu org baik allah dh tetapkan jdh yg baik utknya.. kak amirah suh dia bc artikel ni...
http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/
pjg pulak komen sy ni ampunnnn...

Sharinginfoz said...

usaha kena ada kan,

Lady of Leisure said...

to me sblm kawin dulu tak berani nak set berapa umur nak kawin, when the right time tu datang, insyaAllah jodoh tak ke mana, tapi usaha jugak perlu seiring.. :)

ardinihumaira said...

susah gak orang cemni. huhu

fiza said...

Kesiannya, dari zaman skolah bercinta, tapi si lelaki tak der fikir nak kawin. Amirah...soh dia cari lelaki lain lah, tak pon soh parents yg carikan.

eRaY said...

pergh! dari zaman skolah...terer sungguh rasenye...
tapi if dah sampai skg x kawen2, itu memang haru.
suh lah kawan tuh solat istikharah, suh Allah tunjuk jalan mane yg lagi baik.
huhu

amirah said...

eily : susahnya nak meyakinkan dia supaya cuba jauhkan diri dr budak laki tu.dah mcm2 leter, tp mental tetap juga nakkan budak tu.payah sungguhla.tapi kalau dah berat sgt jodoh mcm ni, rasa mmng bukan jodoh yg sesuai..

hanis : akak pun tak paham la dgn dia ni.dah mcm terpaku dah fikiran dia dgn budak ni.padehal ramai lgi nk kat dia. Cuma dia je yg tak bukak hati dan otak pada orang lain. Akak dah nasihat dah baik jela cari orang lain. Tak berbaloi pun menunggu..

amirah said...

lady : yup, u r absolutely right.selalunya kita tak put any time bar kan?kalau ada jodoh, adala.Tapi perancangam tetap ada kan?at least nak tunjukkn our commitment ke arah itu..

dini : memang sagt2 susahhh...

fiza : tu la pasal. kitorg dah decide nak kenalkn dia dgn someone else. mana tau Allah lorongkan jodoh dia

eray : betul betul..dah kata dgn dia dah..buat solat istikarah lebih baik