Thursday, December 16, 2010

McDonald's Happy Meals yang tak happy...

huhuhu...betul ke tak?

Kat Los Angeles, Amerika Syarikat, seorang ibu saman McDonald's sebab merasakan yang McDonald's telah menggunakan barang mainan dalam hidangan Happy Meals sebagai umpan nak menarik minat ramai kanak-kanak.

Imejin jela anak kita merengek tetiap hari sebab nakkan mainan tu. Terganggu jiwa raga ok. Eh, tapi ye ke budak-budak je yang terumpan? Mak budak pun pernah "terumpan" dan "terkorban" wang ringgit sebab tergoda dengan koleksi patung Sesame Street dengan Hello Kitty yang kawen2 tu. Sekarang dah insaf dan kembali ke jalan yang benar..  

Nak tau apa citer ni sebenarnya? Kat SINI.

Padehal, makanan kat dalam meal tu bukannya ada khasiat. Ntah2 ada lemak trans ke hape. Kalau tak selalu tu kira aci jela.

Moral of the story, sebagai makpak anak-anak kita, kita boleh awas apa yang anak kita nak makan. At first instance, kita sendiri yang dah kenalkan anak-anak kita dengan makanan-makanan segera tu, harusla kita jugak yang kawalnya. Kita jugak yang kawal beg duit kita dan suami kita kan? : P

Kalau tak boleh, just cakap tak boleh. Bagi jugakla reason nape tak boleh makan selalu. Cakapla, kang jadi berat macam gajah ke. Takpun nanti kena duduk hospital sebab sakit, dah langsung tak boleh makan best-best.

Kami setakat ni masih masak makanan Ahmad setiap pagi sebelum kerja. Hantar rumah mak siap-siap. Macam-macam resepi dah terai ni. Tak sabar nak tunggu Ahmad boleh makan asam pedas. lol 

Tapi kalau depa dah besar nanti biaq pi jela. Doa kan jela anak-anak ni dapat isteri/suami yang pandai masak, takdelah asik angkut tupperware dari rumah kita tiap-tiap hari..uhuk uhuk uhuk..sentap..

4 comments:

Hanis MY said...

masa skolah dulu selalu jugak kumpul happy meal tu sebab comel sgt kdg beli tapi tak makan pun dah besar sikit dah insofff hehe..

Anamarza said...

Iklan happy meal yg terbaru ni safiyya ade jugak berbunyi nak, syukur la McD jauh..klau ade kat bandar jengka ni sure lalu jer kat McD pasti dia ingat kat iklan dan minta nak mainan happy meal tu....

Lady of Leisure said...

haha masa dia keluar teddy bear tu ada gak kumpul, skrg teddy bear entah ke mana.. ;D

Sharinginfoz said...

dah lama tak beli happy meal tapi mcd tetap berkunjung