Wednesday, December 01, 2010

Jangan simpan makanan lama-lama...bahaya!

"Ala, makanan tak habis la...."

"Takpe, simpan dalam peti ais dulu.."

Eh, dialog tu macam biasa dengar je. ahakk..suka-suka hati je nak buat peti ais macam muzium kan? yela, peti ais kat rumah kita. Kalau kat rumah mak mentua, mungkin kena bertatasusila sket.

Yang paling kritikalnya, aritu buat spot check kat dalam peti ais, ada sebotol sos cili dan beberapa rakannya yang lain yang dah expired tahun lepas. Maklumlah, baru kawin tahun lepas. Kalau kawin dah saploh tahun, camne? 

Ok, sila imejin berapa kepadatan penduduk kulat-kulat di dalam botol tersebut. Tak boleh imejin? Pejam mata dan imejin kulat-kulat tu sedang beryuha-yuha ye...eeeeeeeee..geli ok. Tu belum lagi sambal, lauk pauk orang kenduri..huhu

Sori, tak sengaja nak simpan sebab tengok rupa dari dasarnya nampak macam masih sopan lagi. Masak hari-hari uhuk uhuk tapi selalunya tak guna benda-benda berkenaan. Ok, fine, alasan.

Tapi betul la serius tak tipu. Kalau tak, takkan biarkan je mereka-mereka itu kegersangan kat dalam peti ais. Kesian. Kat beg duit pun kesian. Nasib la kitorang ni tiap kali nak makan dari makanan dari peti ais mesti tengok expiry date dulu. Kalau tak...

Cerita bab makanan dalam peti ais ni kan, ni dah kuor dalam berita dah, bahaya simpan makanan lama-lama. Bahaya sebab boleh ada mikotoksin. Mikotoksin ikut tuan doktor tu boleh sebabkan radang hati dengan kanser hati ko. Kat dalam berita harian online ni hah : Bahaya Makanan Lama

Tapi kan, kadang-kadang rasa macam sayang nak buang kan. Moral of the story, masak kena bajet-bajet, beli pun kena bajet-bajet. Nasib baik sekarang kitorang berdua dah ada alternatif. Ada kucing plus hamba Allah kat belakang rumah yang tengah lapar...larikkk. Pastu aci tak kalau main bagi je ayam-ayam kat rumah ntah-sape-tak-kenal.

Yela, walau secanggih mana pun peti ais kat rumah kita. 2 pintu ke, 3 pintu ke, berpintu-pintu macam almari ke tetap la kuman sekeluarga duk menempek berpikinik kat situ. Mana taknya, buka peti ais setiap kali pergi dapur. Peti ais ni macam ada magnet. Lalu je nak bukak. Lalu je nak bukak. Bukak dengan harapan menggunung tinggi harap-harap adalah miracle dalam tu..hehe

Pergi dapur sehari doploh kali x lima minit selongkar peti ais x doploh kali bukak peti ais
= kuman berjuta-juta lemon

Adi Putra, tolong kirakan, buleh?

Ada  lagi tak tips camne nak elak dari buang makanan kat dalam tong sampah?

5 comments:

ayukhairy said...

masak lebih tak apa, lepas tu boleh bawa bekal time g ofis..hehe

Unknown said...

selalu gak simpan makanan lebih dlm peti ais. tp esok nya masukkan makanan tu dalam tong sampah. padahal boleh je nk buang terus..tu la rasa sayang nk buang yg tak kemana hehehe

amirah said...

aah la ayu. Boleh bawak pergi opis. Tapi kan..amie kan kan bawak bekal tapi bagi kat orang. Pastu pergi beli makanan lain. Bagusss tak?huhu...

lydzar : ye lydzar. samala. Kira kalau dia bermalam kat dalam peti ais semalam dulu tak la rasa bersalah sgt..hehe

kella said...

haah.. tahu juga tentang ini! tapi buat juga! isk!kena buang tabiat ni!

amirah said...

kella : tapi dah biasa kan kita buat camtu. Rasa mcm ok je selama ni..hahaha