Masa zaman universiti dulu-dulu-dulu-dulu *exaggerate* cita-cita suci nak jadi fulltime housewife..hehe..bestnya, janji boleh duk rumah diam-diam.
Pastu terjatuh hati pulak la dekat si dia time tu. Eh, masa tu kita separuh sedar tau, maklumlah kembang hati kembang segala bagai,...maklumla, ada orang suka kat kita akhirnya...yes.. yes..*kesian kan..huhu* .. Pastu masa bercinta, kengkonon dah siap-siap chop la kat boifren, kalau boleh pas kawin tak mau keje, nak duk rumah, jaga anak * bajet sangat bagus..*
Pastu dah cakap dengan mak, takmau keje pas kawin nanti, nak duduk rumah je. Apa lagi, bisingla mak dok kata, "Penat jela belajar lama-lama, last-last duk rumah". Semangat tambah membara-bara nak jadi educated housewife lepas habis wat Masters. Masa tu dah terbayang nak goyang kaki style camne.
Tapi rasanya macam kabur je cita-cita ni. Ada harapan lagi tak? Nak jadi fulltime housewife ke? Huhu..cakap kat mulut bolehla, bila dah masuk opis, dah start keje, melekat kat kerusi opis ni hah. Rasa cam nak usung anak, laki, tilam bantal semua bawak mai dalam opis ni..
Anda workaholic..? Saya rasa saya ye la..adoii..mana taknya, takde keje pun buat-buat macam busy ada banyakkkkkk keje. Oh ini serius! Workaholic??
Surirumah berpendidikan tinggi saya rasa dah jadi perkara biasa sekarang. Malahan, rasanya tak menjadi masalah bagi surirumah nak dapatkan pendapatan sampingan termasuk jalankan perniagaan dari rumah, mungkin secara online atau buat kerja sambilan di rumah. Ada juga kalangan rakan peguam wanita saya yang buka ofis di rumah dan bekerja dari rumah. waa..bestnya kalau macam ni..saya mesti pilih!!
Yang paling penting, walaupun berstatus surirumah sepenuh masa, mereka-mereka ini menyumbang kepada pembangunan keluarga dan pendidikan anak-anak. Andai berlaku penceraian, surirumah juga boleh menuntut hak harta sepencarian *ye atas sumbangan sebagai surirumah* walaupun tak buat contribution secara langsung atau bayar untuk mana-mana aset sepanjang perkahwinan.
Kesimpulan yang tersimpul, setiap kita ini menyumbang sebenarnya. Secara langsung atau tak langsung, makan gaji atau tak makan gaji *saya makan nasik..laponya..* Saya menyumbangkan khidmat saya yang diperlukan orang lain. Dan surirumah tangga *jeles..jeles..jeless* menyumbang dalam erti kata dan cara yang lain. jadi, bukan alasan lagi berpendidikan tinggi tak boleh duk kat rumah walaupun dah penat2 belajar..
Eh, apa motif entri ni pun taktau la.
Lagi pun cuti sekolah dah nak dekat kan..wah dengkinyaaa.....
Agaknya sebab esok dah nak raya kut. Kalau housewife, gerenti sekarang tengah pulun buat rendang ayam. Takpun tengah rebus-rebus ketupat sambil tengok telenovela..ahaks..
Lagi pun cuti sekolah dah nak dekat kan..wah dengkinyaaa.....
12 comments:
betul tu, akak ipar sy dah berhenti kerja sebab nak jaga hero 3 orang..jadi housewife...tp dlm pd masa yg sama, jual barang online dari rumah...huhu
dulu saya sangat workaholic..xpernah cuti, mc dan ot lebih banyak dari gaji basic..x pernah terpikir nak jd surirumah..tambahan mak saya pun x bersetuju, ayat tuh sama jer..'belajar tinggi2, pnt2..tapi x kerja'...
tapi bila anak saya lahir, bila dgr macam2 kes kat pengasuh, dan bila anak kawan baik saya mati kat taska saya tekad berhenti kerja...
mula2, saya jadi kemurungan..
duit xleh mewah2 cam dulu, rasa sangat sunyi bila hubby g kerja..tapi bila tengok muka anak saya kuat semula..
saya breastfeed sepenuhnya secara terus (langsung x guna botol)...
tapi upanya banyak kita leh saved bila jd surirumah..lampin anak, susu, taska..dan sebagainya..
makan suami pun terjaga..
tapi bila anak semakin besar, badan, otak saya dah semakin mengingati kerja..hahahha
saya semakin x betah.tapi saya wat online business secara kecil2an
man : kalau boleh nak juga kerja mcm tu..mungkin satu hari nanti, bila anak dah 6..hah?...!!
mama dhiya : bagus sbnrnya dpt jaga anak depan mata..anak lebih selamat ditgn kita..tkpe, buat bisnes online pun ada pendapatan jugak kan..wah..ni mmng cita2 saya ni. Tambah pulak anak dah pandai meragam time kami nak pergi keje, rasa kesian sgt, tapi masih kena kerja sebab suami rasa pendapatan kami tak membolehkn kami kongsi dgn org lain eg. family. Kalo untk kami je insyaallah. Ni tgh survey juga jln2 nak buat bisnes..moga sukses
kitorang ni esok nak raya, jap lagi kot balik kampung tapi now baru balik beli pokok, sebab sekarang tengah semangat dok buat garden ekeke
lady : ter inspire dgn rumah auntie "lady of leisure" ke nih? hehehe..niway..very very the lady of leisure..jeles ai ok
hmm penah rasa jadi fulltime housewife. tp masa tu FTHW yg tak berduit so sungguh tak seronok.
rasanya kalau dpt jadi FTHW yg berkerjaya dari rumah, saya pon nak..
chayok chayok la wat housewife utk hari raya ni.. msti pulun kt dapur..
Blog AkU dAn SeSuAtU Diciplak ?
lydzar : saya pun sama!kalo camtu memang nakkkk
velasrizal : tu la pasal..tapi raya haji sama ke nagn raya pose?tak kut..kurang sket kut
ehem...ehem...kembang bontot rini lebey dari biasa...ahaks..
deris tak kasi berenti kerja, dia kata nanti dok rumah asik masak macam², sudahnya dia yang makin gemok... hahahaa, logik tak alasan?
roho : sila kawal kekembangan tersebut yer..
kuch : ermm..soalannya di sini, siapakah yang akan menjadi gomok?org ynag berada di rumah atau yang bekerja di pejabat? ermm
Post a Comment