Hari ni Jumaat. Syukur bertemu lagi dengan hari Jumaat. Hari ini Jumaat yang tenang dan tenteram di kawasan Melaka Raya. Cuma meriah dengan bunyi gagak. Makin ramai pula jemaah burung gagak kat sini. Agak-agak sebab kotor sangat ke?
Ok la cerita pasal burung gagak. Nak cerita pasal mak hari ni. Hari Jumaat ni dah genap 3 minggu tak dapat bercakap dengan mak di kampung di Kuala Kangsar. Rindu dan risau apa la khabar mak. Dah 3 minggu telefon rumah rosak. Biasa dah ni. Cuma kali ni rasanya sangat lama.
Teknologi kalau ada masalah memang susah. Secanggih mana pun teknologi, mesti ada cacat cela juga. Ciptaan manusia, sentiasa ada kekurangan. Handphone pula, mak buat hiasan jela. Kadang-kadang tak on pun handphone tu.
Emosi sedih saya sarat bila terkenangkan mak. Sebab tuntutan kerja dan syariat (ikut suami) terpaksalah saya lupakan kesedihan dan kerinduan. Kadang kala terfikir, kalau semua anak perempuan, semua kena ikut suami jauh-jauh, tinggalla si ibu sorang-sorang.
Tapi saya yakin dengan kuasa Allah Maha Mengetahui, yang mengetahui apa yang terbaik untuk mak saya. Moga Allah melindungi mak saya dan ibu-ibu semua.
Jadi, dah bertanya khabar ibu anda di kampung pagi ini?
1 comment:
thanks ingat mengingati ya
Post a Comment