Friday, October 01, 2010

Bagusnya kalau hanya doktor wanita yang sambut baby...

Berita dalam Kosmo! hari ini, hanya doktor wanita yang akan mengendalikan wanita bersalin di Terengganu dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Untuk melahirkan lebih ramai doktor wanita, kerajaan Terengganu mengambil langkah wajar termasuk menambah penghantaran lebih ramai pelajar perubatan ke universiti luar negara.  

Bagusnya kalau macam tu kan. Bagi yang kurang berkemampuan nak bersalin di hospital swasta dan pilih doktor wanita untuk sambut kelahiran bayi, takdelah risau lagi tentang aurat yang terbuka kalau nak bersalin di hospital biasa.

Tapi...lambatnya lagi kan. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang. Tapi kan, memang betul la, lebih ramai doktor pakar sakit puan ni lelaki..kenapa ye..?


comey erra masa pregnant...

Saya rasa sebab nature lelaki yang minat nak mendalami dan mengenali wanita, lagipun lain jantina kan..

Takpun, sebab lelaki berani sket nak tengok kelahiran baby..uuu..gerun...teringat2 lagi..ahak ahak..

Macamana pun, sekurang-kurangnya ada inisiatif yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk mengatasi kekurangan doktor pakar sakit puan wanita daripada tiada langsung usaha..


Nota mengenai hukum bersalin dibidankan doktor lelaki di sini.

1 comment:

farah hairuddin said...

terengganu je ke??huhu...