Friday, October 01, 2010

Ee...rasa cam nak ketuk pala sendiri je..

Mana tidaknya..stok susu fresh EBM untuk Ahmad semalam, untuk bekal hari ni, lupa nak simpan dalam peti ais..grrrr...sangatla tensen...abih sume rosak..

Semalam balik awal jugak lepas bukak puasa kat rumah mak mentua. Dalam pukul 9, tapi napelah boleh pulak lupa nak masukkan dalam peti ais..very very the..

Dengan rasa penuh kesyahduan di Aidilfitri, kesemua susu tersebut dalam 20 oz perlulah dibuang sebab dah ada bau yang kureng menyenangkan. Bukan senang wooo...maklumlah, stok dahle takde, memang mengharapkan fresh EBM je. Dah tu, satu sesi nak dapat 4 oz pun payah nangis2. Waaa....

Memang Ahmad kena minum susu top up  FM la hari ni. Sian dia, dah lama tak minum susu FM, tup tup harini kenala minum sket. Kalau tidak sian pulak nak tunggu mama balik sampai umah opah kul 7 nanti. Dahla tu, si kecik ni asik meragam je malam tadi. Nak kata mengigau taktaula, tapi duk merengek2..Ntah apa la yang si hero ni nak pandai pulak..

Maka, disebabkan si kecik ni asik meragam, rasa ngantukkkkkk sangat-sangat harini. Serius dah tertido kat opis pagi ni. Pastu siap ada mengigau jerit2. Ingatkan dah terlajak sampai pukul 12 tghari, tengok2 baru pukul 9.30 pagi...siap meleleh apa yang tak patut..kuang kuang..

uiii..lamanya lagi nak pukul 6....!!!


2 comments:

Wan Anie said...

dah lupa nak buat macammana...

ada lar rezeki ahmad tu

ayu said...

tak pe la ami..insyaallah lps ni rezeki ahmad ada nanti ye..