Sunday, September 05, 2010

Datuk Sosilawati Hilang...

Berita menggemparkan tentang kehilangan pengasas produk kosmetik Nouvelles Visages, jutawan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 individu lain.

Dilaporkan beliau telah ke Banting, Selangor bersama 3 individu lain termasuk peguamnya atas satu urusan perniagaan, tetapi tidak pulang setelah 3 hari. 

Kehilangannya telah dilaporkan oleh anak beliau setelah beliau tidak kembali ke rumah walaupun berjanji akan berbuat demikian selepas 3 hari menguruskan urusan perniagaan tersebut.

Berita kehilangannya telahpun disiarkan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil memberikan bantuan dengan segera.

Sehingga kini, tiada laporan yang mengatakan beliau diculik memandangkan tiada sebarang permintaan dibuat.






1 comment:

ayu said...

ke mana la mereka menghilang ni..