LONDON: Katy Perry menempah tiket ke angkasa lepas sebagai hadiah hari jadi tunangnya, pelawak Russell Brand yang ke-35.
Katy mengambil keputusan memberi sesuatu yang unik itu dan membelanjakan AS$200,000 (RM640,000) untuk menempah tiket ke angkasa lepas itu, berbanding menghabiskan berminggu-minggu masa untuk membeli sut atau set bercukur. Russell perlu menjalani latihan intensif tiga hari sebelum dibenarkan meneruskan misi Virgin Galacticnya, yang menyaksikannya melakukan perjalanan sejauh 111,252 meter ke atmosfera. Wakil Virgin Galactic, Louella Faria berkata: “Ia memang benar. Kami amat teruja untuk melihatnya menaiki pesawat.
"Ada tingkap berdiameter 0.4318 meter untuk melihat keluar. Penumpang berupaya melihat bumi sekitar 1,287.47 kilometer dari mana-mana arah angkasa lepas.”
Ditanya bagaimana Russell dan rakan angkasawannya akan menyambut penyelesaian misi ke angkasa lepas, Faria memberitahu E! News: “Mereka akan membuka champagne, memberi anda sayap angkasawan dan berparti.”
Selepas melakukan perjalanan ke atmosfera pada kadar tiga kali ganda kelajuan bunyi, Russell akan diberi peluang untuk terapung sebelum terbang semula ke bumi.
Selain Russell, ketua Virgin, Richard Branson juga akan berada dalam penerbangan pertama ke angkasa lepas itu, namun beliau tidak keseorangan.
Sementara itu, Katy yang dijangka berkahwin dengan Russell Oktober ini, mendedahkan pasangan itu bercadang untuk berpindah ke London selepas perkahwinan mereka.
Dalam satu temu ramah dengan YouTube, beliau berkata: “Saya fikir saya mungkin ke London, bukan kerana saya mempunyai kaitan di sana, namun kerana saya sukakan evolusi berterusan gaya dan segala-galanya kelihatan baru.” – Agensi
___________________________________________________________________________________
Amboi2..bertuah badan ye Russel Brand ni..takyah susah2 nak buat latihan bagai terus dapat naik kapal angkasa? Biar betul..kang pengsan kang sape yang nak tolong abang Russel?? Kak Katy Perry jauh..hihi..
Kool kan dapat hadiah pegi angkasa lepas..sekali tak jadik kawen pulak koranggg..!!!..hahaha..macam2..
Kadang2 terfikirla artis2 Hollywood ni dah kaya terlampau kut..taktau dah nak buat apa dengan duit yang berkepuk2 tu ye..kan ke bagus kalau pegi jenjalan kat seluruh dunia ke..best tu..ke amik saya jadi adik angkat ker??? (eee...nak ke??)
Moral of the story, serabai pun takpe, janji bahagia... |
2 comments:
memang kaya betul kan
aah..kaya terlampau..
Post a Comment