Monday, November 08, 2010

Ada Anak Kecil Menuntut Kesabaran Yang Tinggi

Iye..kena banyak bersabar...ada baby kecik ni macam menguji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal kita.. mana taknya, malam berjaga..atau bangun banyak kali sebab nak menyusu..kenala berkorban.

Bila pagi..rasa cam mata lebam je, tak cukup tido..pastu tak segar langsung rasanya..takpela, kejap je nak membesar. Kang bila dah besar, rasa mcam nak masukkan dia dalam perut balik la pulak...ermm

Pastu ujian nak mendidik anak di zaman teknologi canggih ni. Anak belum setahun lagi tapi bila dengar macam-macam, rasa macam seriau nak membesarkan anak dalam keadaan ni..

Harapan kami mak ayah dia semoga bila dewasa jadi manusia yang tidak berpaling dari agama Allah. Penat jadi mak orang, tapi bila camni barula tau kesusahan mak kita nak lahirkan kita, nak besarkan kita macamana. Dah tu susah pulak tu. Kalau orang kaya raya takpela jugak..

Ingat mengingati di hari Isnin...

Thursday, November 04, 2010

Proton Inspira..

Proton Inspira yang akan dilaunch 10 November ni. Nampak cam menarik jugak kan.

Tapi bukan keperluan buat masa ni. Yang tersadai kat depan rumah pun rasa cam dah nak let go je. Karang tak pasal-pasal ada plak makhluk Allah yang lain buat 'rumahku syurgaku' dalam tu..eee

PEKERJA PROTON melakukan pemasangan kereta PROTON Inspira di PROTON Shah Alam.
“Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.

“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.

“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.
Harga Proton Inspira di pasaran bermula pada RM79, 888.00.

Toksah kan Proton Inspira, yang Persona ni pun ai takde can nak pegang waima stereng tau..bos tak approve lagi lesen 'gantung frame' ai..so, ai redha jela goyang2 kaki pegi sana sini..apa nak buatttt.. : P