Allahuakbar...bila mana aje tahu pasal MH17 pagi tadi..Allah...tak tergambar dengan kata-kata. Pedihnyaaa....lukanya rasa. Hilang lagi nyawa. Palestin, Syria...arhhh...episod luka lagi lagi lagi dan lagi..Kenapa Malaysia Airlines? Kenapa Malaysia? Terasa susah nak cerap dan hadam semua teori dan andaian...Allah sahaja yang Maha Mengetahui...
Terus teringat arwah mak. Masa MH370 hilang dalam bulan Mac, arwah mak admitted di Hospital Sungai Siput. Masa dalam wad hari-hari dok tanya "Dah jumpa dah?" "Dah jumpa dah ke?"..Arwah mak orangnya walaupun dah uzur, tak sekolah tinggi tapi sangat hebat tentang berita-berita terkini. Kalaulah mak masih hidup sampai sekarang, mesti mak pun sedih kalau tahu pasal MH17.
Alfatihah..takziah untuk semua keluarga mangsa. Anda insan terpilih, diuji Allah dengan ujian kehilangan sebegitu rupa. Besar hikmahnya.
Damai dan tenanglah wahai roh-roh yang telah dijemput Allah. Moga tenang dalam kesenangan dan jauh dari segala azab di alam sana. Ajal menjemput dalam pelbagai keadaan. Moga kita beroleh husnul qotimah. Pengakhiran dalam kemanisan iman...aminnn...
90 hari pemergian arwah emak. Alfatihah...rindu...