Sahabat semua, dukacitanya 20 April lepas saya telah kehilangan ibu saya yang tercinta buat selama-lamanya.
Allahyarhamah ibu saya terlantar sakit dan tidak sedarkan diri di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh selama 5 hari daripada hari Rabu (16 April) hingga Ahad (20 April), hari beliau menghembuskan nafas yang terakhir - 18 tahun setelah kami kehilangan arwah abah dulu.
Pelbagai komplikasi organ dalaman termasuk severe pneumonia (jangkitan kuman di paru-paru), kerosakan buah pinggang dan kebengkakan usus dikatakan punca kesemua fungsi organ merosot dan darah terjangkit kuman.
Doktor dari masa ke semasa telah memberi nasihat kepada kami adik beradik tentang perubatan dan prosedur terbaik memandangkan kami tidak boleh menyerah kepada takdir semata.
Pagi 20 April itu, airmata setiap daripada kami - saya, 5 kakak-kakak dan 5 abang-abang saya dan saudara lain mengiringi setiap baris kata pakar yang merawat. Kami semua faham segala bantuan perubatan hanyalah antara usaha kita sebagai manusia kerdil yang tak punya apa-apa kuasa - menyambung setiap nafas ibunda tercinta. Dan dalam kesedihan, setiap daripada kami sedar dan tahu arwah sangat-sangat tenat dan diambang sakaratul maut.
Syukur kami diberi lebih masa oleh Allah untuk bersama membaca surah Yasin dan ayat suci alQuran serta menghantar kalimah di telinga arwah tanpa henti. Membisikkan di telinganya ampun dan maaf atas semua dosa kesalahan yang saya telah lakukan kepadanya yang mengguris hati dan mohon dihalalkan setiap titis air susu dan segala makan dan minum..

Namun di pengakhirannya, kuasa Allah mengatasi segalanya. Petang 20 April itu, ibu saya kembali ke rahmatullah dengan tenang, diiringi hujan yang membasahi bumi. Terasa terlampau kerdil jika dibandingkan dengan kuasa dan perancangan Allah. Terasa lemah lutut dan badan bila mana tangan saya menyentuh tangan dan tubuh arwah yang semakin menyejuk dan kaku.
Memandikan dan mengkafankan jenazah ibunda dengan pakaian terakhir untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Mengucup arwah kali terakhir - arghh, sedihnya saat itu...mengenangkan itulah peluang terakhir yang Allah berikan untuk menatap dan menyentuh wajah tulus ibunda di dunia...

Maka, terputuslah sudah berkat dan doa ibu dan hilanglah satu daripada syurga dunia saya. Telah ditarik Allah nikmat kami beroleh pahala percuma dengan hanya bersua muka dengan ibunda di dunia ini. Hanya doa dan sedekah bacaan al Quran yang mampu saya titipkan kepada ibunda saya yang tercinta.
Sedih teramat sangat dengan kehilangan kali kedua ini. Namun begitu saya sedar sedih saya tidak dapat mengembalikan ibu saya. Dalam saya redha dengan kehilangan ini, ada semua perasaan sedih, perit, sebak, sunyi, sepi yang saya rasai. Tak tahan rasanya menanggung perasaan teringat-ingat badan emak yang lebam-lebam dan sentakan badan emak masa ubat dimasukkan doktor.
Kenangan terakhir kali bermain-main segar dalam kotak fikiran saya - setiap senyuman, ketawa arwah setiap kali melihat keletah Ahmad dan Arissa. Sesungguhnya saya bersyukur dikurniakan suami yang sangat memahami hati ibu tua saya ini - setiap Hari Raya pertama selama 5 tahun perkahwinan kami dan cuti sekolah dihabiskan di kampung Kuala Kangsar. Maka kenangan terakhir ketika cuti sekolah bulan Mac masih segar dalam ingatan saya - bawa beliau ke Jusco Ipoh bershopping, makan-makan dan masak makanan kegemarannya.
Ahmad sangat memahami opah sudah tiada - bersedih dan tidak mahu bercakap dengan orang lain ketika jenazah di depan mata. Arissa, saya pun tak pasti betul-betul memahami atau hanya mengikut si abang. Gambar-gambar kenangan arwah akan disimpan rapi buat tatapan Ahmad dan Arissa bila mereka besar nanti.
Andai ibu dan bapa kalian masih hidup, jangan sesekali mengabaikan mereka. Layanilah mereka dengan penuh kasih dan sayang sebagaimana mereka membesarkan kita dengan kasih sayang mereka yang tiada tolok bandingnya. Nilai pahala yang tidak terkira melayani mereka selagi mereka masih hidup. Tiada yang dapat menggantikan kasih sayang seorang ibu, sangat lembut, penuh kasih, mengambil berat.. semuanya...

Di tulisan kali ini saya mohon sahabat semua doakan kesejahteraan roh allahyarhamah emak dan allahyarham abah saya. Moga Allah tempatkan roh mereka di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dilapangkan dan diluaskan kubur mereka, diampunkan segala dosa, dijauhkan daripada segala azab seksaan. Doakan yang baik-baik hanya untuk roh mereka.
Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Emak, abah, insyaAllah dengan keizinanNya kita akan bertemu semula satu hari nanti di alam abadi.
Alfatihah.
Dalam kenangan dan ingatan
HAJJAH ROKAYAH @ RAKAYAH BINTI ZAINAL ABIDIN
(13 Nov 1938 - 20 Apr 2014)