Wednesday, July 20, 2011

Tak Sihat

Dah berapa lama saya rasa badan tak sihat ni. Pening, demam pendek kata tak sedap badan betul. Mujur batuk dah ucap selamat tinggal. Syukur.
Tapi saya tabah dan nampak macam taf je setakat ni.
Kalaula ini penghapus dosa, saya redha.
Nangis sikit-sikit je. he



Balik keje, sampai je rumah, terdampar terus.
Bukan lagi macam, lebih-lebih lagi daripada ikan paus yang terdampar-dampar kat tepi-tepi pantai macam dalam  National Geographic channel tu..



Ahmad pun tak sihat juga. Nampak makin kurus je hero saya ni.
Biasa la kami kan sehati sejiwa. Mama tak sihat mestila together geder pun Ahmad tak sihat juga.
Minum susu sikit sangat. Minum air kalerful (read as : Sunquick, Ribena, Milo, Vitagen dll) pun sikit je.
Makan pun ciput. Bila suap makanan siap tutup mulut rapat-rapat.
Macam la mama nak sabotaj beliau sangat. heh
Tapi cergas semacam. Main bola macam Torres je. eh..eh..eh



Tapi saya syukur pada Allah. Si dia jarang sekali sakit atau tak sihat.
Kalau sakit pun sekejap je.
Tak pasti pulak kalau si dia buat-buat macam sihat walaupun sakit demi menjaga kami.



Jodoh ketentuan Allah nampaknya sangat sempurna.
Kami saling melengkapi seperti sebuah puzzle yang indah.. cewahh.
Kalau salah seorang takde, maka tak lengkapla puzzle tersebut walaupun puzzle tersebut ada nombor-nombor dibelakangnya..
Betul, si dia memberikan saya kekuatan, walau merajuk, saya masih bertahan. Takde lari rumah pun. Atau mungkin tak tau nak tumpang rumah siapa kalau lari. heh..



Tapi hari jadi Incik Husband 16 haribulan yang lepas saya tak bagi apa-apa pun.
Setakat wish je. Tu pun macam lupa eh, ye ke ada wish? huhu..
Si dia kata ala, abang dah tua la, takyah la kad-kad hadiah-hadiah ni.
Sebab kami sentiasa bersama (macam sweet takkk??!!), jadi saya tak sempat nak curi-curi masa membeli hadiah mahupun kad.
Kalau beli sama-sama tak surprise.


Wahai sahabatku sekalian, adakah itu satu sindiran..??!! Apsal saya macam rasa tak bersalah je ni?? huhuhu...



13 comments:

Sharinginfoz said...

Lain org lain cara tapi kalau boleh bagi le something kan, he he he

Fiza Rahman said...

Happy belated bday lah utk incik husband yer. KO ni nok...belanja lah mkn ker ☺☺☺

Kesian 2 beranak nih. Smoga cpt² sembuh. Ahmad...mkn byk² sket. Insya'allah...nnt naik lah selera dia tu.

Anamarza said...

Amie, moga cepat sembuh, akak ari tu pun wish besday je kat suami akak tak de kasi2 hadiah pun. Kasi "benda' lain je (^_-)hihi

Hanis MY said...

ahaha comel yg amat entri ni, akak beli jela hadiah tu depan2 dia, takyah nak seperais2 lelaki kan tak suka separais ni fonfuan je like2 seperais hik2... takpun kuwa g dinner ke, sian akak tak sihat get well soon, bagusla batuk dah benti... sakit sikit sebelum posa, insyaAllah posa nnti boleh beribadah dlm keadaan sihat walafiat...

ayukhairy said...

ami, ajak je en suami ami tu pergi mana2 n tanya dia nak hadiah apa..hehe..tak payah buat surprise kan..

Daddylicious said...

anai2 itu kecil sahaja tetapi jika kita tidak menjaganya...rumah kita boleh runtuh ....oleh itu perkara yg kecil sangat bahaya kalau tidak kita jaga...:)

velasrizal said...

semoga cepat sembuh.. jgn lupa mkn ubat

wahida said...

kalau besday laki aku, aku akan tanya dia, nak apa? jom beli sesama...suh dia pilih aku bayar...haha!! takde unsur surprise di situ...

sbb laki aku tu cerewet sikit, kang kalau beli tak kena pada mata dia, pas tu tak pakai, kan membazir namanya...

Kakzakie Purvit said...

Kasih yg terpahat dihati ada kalanya tak perlu nak tunjuk. Saling dah mengerti walau tanpa suara dan kad atau hadiah pelbagai....

Cik Nor said...

betul le tu, memang cam puzzle yang indah, cewahh lagi.

abih, kalo dah duo2 mudah kena sakit, tbalik, kucar kacir cam puzzle kena rempuh paus

man yusoef said...

kejamnya akak!! kejamnya!!! haha

beli jela hadiah, lambat pon xpe...bagi wallet baru, sbb lelaki jarang tukar wallet..HAHA..

Proud Mama's Dairy said...

hheheh... rasanya tajuk entry ni kena tambah sikit.. Tak sihat & tak bersalah...heheh. So sweettt!

sahromnasrudin said...

kalian berdua sgt rapat..kemana-mana pun bertiga...semoga kasih sayang kalian terus berkekalan sehingga ke akhir hayat