Ahmad dan bas. Umpama isi dengan kuku.
Asal lalu je bas ke lori ke mesti si kecik ni menjerit sekuat hati kat telinga mama "Basssss...!!".
Siap tunjuk dengan jari telunjuk lagi. Kalau ada 100 bijik bas. Maka 100 kali la terjerit-jerit.
Sila imejin kalau sepanjang 6 jam balik kampung Kuala Kangsar berapa bijik bas + lori yang telah disalah anggap sebagai bas telah dijeritkan...
Dah puas dah ekspelin (read : explain) bas tak sama dengan lori.
Ahmad, bas bawak orang. Bas bawak mama. Bas bawak babah, opah, pakcik mak andak mak ucu pak itam. Bas bawak auntie yang kerja kat kilang. Bas bawak abang dengan kakak pergi school.
Lori bukan bas. Lori bawak car. Lori bawak barang. Lori bawak rice. Lori bawak banyak ball.
Explain benda-benda yang dia dah reti nak cam tapi tetapla jugak lori tu difitnahkan sebagai bas. Kekadang van pun dia tuduh jadik bas.
Tolong..tolong..camne nak explain kat budak kecik sorang ni...krisis identiti ibu remaja beranak satu..hihi
Ahmad, sumpah mama tak tipu awak. Betul. Lori bukan bas. Bas bukan lori.
Grrrr...
p/s : Teringat masa zaman sekolah menengah dulu kitorang selalu gelak-gelak. "Macamana kalau anak kita tanya, Mak, DAN, ATAU, MEMANDANGKAN, WALAU BAGAIMANAPUN tu apa?"
28 comments:
KO layankan ajer lah. Anak aku pon dulu krisis identiti gak, lelama dah bley bezakan ☺☺
biasa la amie, anak akak terbalik semua lori, bas pun dia panggil lori, dah lama2 pandai je pulak bezakan sendiri mana bas mana lori
perkataan tu suma mamad dah penah tanya...tp aku lupa aku jawap apa...tp yg paling aku ingt dan susah utk aku explain adalah beza perkataan LUSA dan RUSA....hadoiii...penat pk oooo...
cute!
vist here frm Egypt~
http://coretanfadlisabri.blogspot.com/2011/07/aku-lah-yang-paling-cute.html
alalalaa...mesti best je tgk ahmad tanya macam2 kan..
sebelum keluar rumah kena sediakan gambo bas dan lori.. nanti kalau jumpa salah satu mende tu.. cakap kat ahmad "Sila rujuk gambo di tangan anda !!" hihihi..
ada sekali gi jengjalan ngan anak sedara tetiba anak sedara tu tanya
"Cik li, bila kita nak sampai dalam perjalanan?"
memang serius x tau nak jawab aper, then si adik pulak sambung tanya
"Cik li, dalam perjalanan tu katner?"
haha...kejam x kalau x jawab..haha
(Tetiba lari topik) hehe
Kena beli mainan bas ngan lori kat Ahmad then baru ler dia tau beza kot, xpun kena beli buku vehicles then mengeja sama ngan dia
Lynkn aje. Raif pn kdg2 confius lori dgn bas. Kdg2 confius dgn van yg ada cop bas sekolah. Kalo sebut lori tu harkatnye lbh drpd 6. "Lowieeee". Kalo bas blh sebut ikt color tp yg byk kt bangi cuma color kuning dgn biru je.
layan je la bdk ni.. tp klako juga dia ni
ce tunjuk tu bas, ni basikal. tu lori, ni basikal jugak. tak tipu.
waaaa comel ok! takpe2 besar cikit dia leh bezalahtu...lawak je ahmad semua pun nk tjk...akak rekod la bila besar suh dia tgk...tapi takpe kalau tak rekod pun suh dia bcb balik kt blog hehe...
seronok layan kerenah depa nie kan....tak tertahan gelaknya :-)
fiza : iye..harap2 cepatla dia beso..
kak ana : tu ler..nak menunggu saat2 bila la nak betul dia sebutnya..
roho : iye la, lusa dgn rusa tu mmng susah jugak nak explain...
hi fadlisabri ...thanks for reading this..
ayu : bercakap tak paham butir2nya pun..
yop samad : tak ke lagi konpius dia karang..nnt dia ingat transformers ke..kui kui kui
eily : hahaha..lawak2...ni tak sabo apa pulak lawak lain yg dia nak buat nnt...dah beli memacam dah..bila kita sebut bas, ikut sekali, tp bila kita sebut lori, dia senyaapppp je..heran betui
waa...pandainya raif sebut kaler..!!
velasrizal : dia mmeng rajin buat kelaka..kelaka seram pun rajin jugak..hehe
JO : hehe..jgn pasni beskal pun panggil bas pulak kang..
hanis : hehe..tu ler..jd mak bapak ni keje merekod je..
bro sahrom : memang kerenah dorang ni kelaka2 la..
haha!! sumpah anak ko mcm anak aku si adik tu, dulu dia pun asyik la ckp semua yg lalu tu bas...adeh la...
oooo bas dan lori tak sama ya?
biasa la tu..anak2 nak membesar mmg mcm tu...
tapi seronok melayannye..
Ala.... kcik lagi. Beli buku bergambar mesti dia suka dan lepas tu dia tahu....
Post a Comment