Wednesday, December 01, 2010

WikiLeaks bikin gempar satu dunia, sesungguhnya memang dunia tanpa batasan!

Mesti semua dah tau kan pasal WikiLeaks kan.

Gempar satu dunia sekarang ni. Tambah lagi bila serangan dan pembocoran maklumat sulit melibatkan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat...Maklumat perisikan AS yang dibocorkan, tapi melibatkan sekutunya dan negara-negara yang ada kabel diplomatik dengan AS. Maklumat tentera AS pun bolos jugak.

Eh, Bolos. Dah lama tak tengok kat Astro. Ada lagi ke ek? Suka nak tengok Zizan Raja Lawak hos Bolos tu. "Bolos saja dinding ituuuu"..Eh, apa yang ko merapik ni syaitonnn,...

Ok. Back to the topic,  arakiannya, terkeluarlah segala bagai maklumat sulit, cerita cerita sulit, mahupun skandal dan gosip liar. Tulah dia, kuasa internet, dunia tanpa batasan. Masuk kat internet sat-sat tu jugak semua orang boleh tengok, baca. Melibatkan pemimpin-pemimpin negara-negara lain kuasa besar dunia pulak tu. Isu-isu sensitif pun dikeluarkan dek WikiLeaks.

 Terbaru dan terkini, pengasasnya Julian Assage yang berasal dari Australia dah disenaraikan sebagai "DIKEHENDAKI" oleh INTERPOL. Tapi bukan sebab kebocoran maklumat yang dibuat dek WikiLeaks, tapi sebab ada kes rogol melibat Assage kat Sweden.

Tapi, setiap benda ada batasannya kan. Makan pun kena berhenti sebelum kenyang. "Dunia tanpa batasan" ni pun kena ada batasannya juga.

4 comments:

Lady of Leisure said...

tq for the info.. lady ni ketinggalan ketapi skit huwaaa... :D

kella said...

tak... kat sini baru tahu tentang wikileaks? huhu.. bab bab ini memang jauh ketinggalan! hehehe.. tapi takpe, ada orang cam amirah, buleh ler kita tahu info ni! hehehe...

trimasssssih! :)

Sharinginfoz said...

agak2 ada tak mengenai malaysia?

amirah said...

lady : hehehe..takpe, better late than never..

kella : sesameee..hehe..

bro nik : ye, saya pun ternanti-nanti. dengarnya masih byk lagi info yg tak dikeluarkan media. Tungguuu.Dalam paper ada sebut pasal Hillary pernah mintak maklumat diplomatik pasal Malaysia.