Thursday, October 07, 2010

bos pergi kelas peneman

Hari ini bos cuti sebab bawa isteri yang tengah sarat mengandung ke kelas peneman...boleh rehat sikit hari ini. Eh, hari-hari pun rehat jugak..hehe..

Semua kerja mesti kena rujuk dulu pada bos. Bila bos dah bagi green light barulah boleh keluarkan kepada anak guam. So, kalau bos takde, takde orang nak approve kerja..yahooo!! *asik nak mengular je*

Kenangan kelas peneman saya dengan suami masa pregnant 7 bulan. Kelas peneman sebenarnya adalah kelas latihan untuk suami-suami yang nak temankan isteri semasa bersalin. Kami diterangkan oleh kakitangan hospital mengenai penyusuan susu ibu, penjagaan bayi dan macam-macam perkara mengenai kelahiran bayi.

Anak first kan, berdebar usah cakapla. Pastu kami dibawa ke bilik bersalin, bagi cium bau dulu sebelum masuk..heh..Pucat muka mak dikk waktu pergi wad bersalin, ada yang dah nak bersalin. Tapi takdela dia tunjuk mana-mana ibu yang dah nak bersalin. Mau pengsan kat situ juga..hihi.

Kami diterangkan peraturan semasa dalam bilik bersalin, peralatan-peralatan dalam bilik bersalin terutama untuk suami la. Kelas peneman ni kan tujuannya bagi penerangan pada suami. Tapi kamera dan handphone tak boleh di bawa masuk. Jadi, takde la peluang nak posing-posing sebelum berjuang..

Saya mahu suami saya temankan saya bila bersalin. Ketentuan Allah, saya melahirkan secara ceaserean. Ada sesetengah wanita kata takmau ditemankan sebab nanti lagi manja pulak. Ye ke?

Saya nak ditemankan sebab saya nak suami saya tengok kelahiran anak kami, sedihla kalau suami takde dengan kita waktu nak bersalin. Mujur suami temankan juga, walaupun dia MABUK DARAH..hahaha ...*saya tak paksa tau..* 


1 comment:

Sharinginfoz said...

macam2 le harap itulah yang terbaik