Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts

Thursday, August 05, 2010

Masalah Penyusuan Susu Ibu : Bengkak Payudara .

Harini macam takde mood je.

Dahla sakit perut, sakit sangat2 pulak tu..

pastu cik non B belah kanan bengkak pulak dah. Dah cuba pam pun masih tak berjaya.

Gugel la jugak camne nak wat lagi kalao cik non B bengkak.

Jom baca artikel dari ratuhati.com

Kebengkakan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala...

Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan...
Kesukaran untuk bayi menyusu
Kesukaran untuk mengeluarkan susu
rasa sakit dan tidak selesa

Rawatan...

Jangan hentikan penyusuan.
Periksa adakah anda menggunakan teknik yang salah. Betulkan jika salah.
Susukan bayi anda dengan kerap.
Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Anda juga boleh mandi di pancuran air hangat sambil mengurut payudara anda terutamanya di bahagian yang terdapat ketulan keras.
Berbaring mengiring untuk membantu susu mudah keluar.
Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakan.
Segera berjumpa doktor jika disertai dengan rasa seperti hendak demam dan payudara kemerahan. Mungkin terdapat infeksi.

Pencegahan..

Susukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
Teknik penyusuan yang betul.
Susukan bayi hingga payudara terasa 'kosong'
Tidur mengiring lebih berkesan berbanding tidur menelentang.
Elakkan coli yang terlalu ketat atau tidak sesuai.
Rehat.

source: ratuhati.com

Wednesday, August 04, 2010

Anak Tak Suka Minum EBM??

Semalam saya sedih sebab diberitahu Ahmad taknak minum EBM yg saya bekalkan. Seingat saya, semuanya stok EBM yang saya pam semalam. Semuanya masih baru. Kenapa ye?

Dan akhirnya, FM masuk ke dalam perutnya sejak sekian lama. Walaupun sesi minum susu yang terakhir, tapi saya sedih jugak. Bukan Ahmad tak pernah minum FM. Sebelum ni pun Ahmad minum FM.

Saya bukan sedih kenapa tapi sebab di stress kan "EBM tak sedap", "susu tepung sedap," "Ahmad senyap lepas minum susu tepung, kalau minum EBM tu menangis tak berhenti".

Saya diam tak terkata sebab taktau apa perasaan saya masa tu. Takan saya nak paksa diri saya senyum bila anak taknak minum susu ibunya? Sedih hati saya, tak terkata. Serius. Nak menitik rasa air mata.  

Bayangkanla kesungguhan saya nak menyusukan Ahmad. Dengan nak kerjanya, nak buat kerja rumah, mengepam..penat sangat penat. Tapi saya nak anak saya minum susu ibu.

Kenapa kalau anak menangis takmau menyusu, sebab EBM tak sedapkah? Atau ada benda lain yang dia nak? Dia panas ke, berpeluh ke, kenyang sangat ke waktu tu. Ataupun dah tak elok sebab stok yang lain dia minum okay je. Kalaula anak boleh bercakap sekarang alangkah bagus.

Mungkin saya pulak yang tak paham situasi macamne kan. Susahnyaaa....Dari semalam asik terfikir..fikir..fikir..fikir pasal ni. Fikir punya fikir, saya dah makin tenang, kalau tidak rasa hati ni kena kerasukan setan agaknya.

Sebab saya tau, apa pun yang terjadi, saya mama Ahmad. Saya yang lahirkan dia. Ahmad kenal siapa mama dia....

Saya rasa antara sebabnya Ahmad takmau EBM yang last tu:

1. EBM tu dah rosak kerana tidak disediakan ataupun disimpan dengan baik.
2. Dah terlampau kenyang.
3. Tidak selesa dengan keadaan sekeliling.Panas, berpeluh tak selesa.

4. Masa tu takmau menyusu lagi sebab nak main.

Adoi..emo pulak harini...  :  P

harini minum betul-betul tau...

Tuesday, August 03, 2010

Jadual Mengepam di Pejabat

Jadual mengepam saya tiap2 hari di pejabat sekarang ni boleh dikatakan konsisten. Dulu memang rajin skip sebab kengkonon tak larat dan busy.

Tp lepas mkn vitamin B, C multivit dgn alfafa dari Shaklee yang dibeli dari Kak N,barula tak terasa penat sangat lepas balik dari opis. Hasil EBM saya pun sekarang ni dah bertambah okay, tak banyak tapi cukup untuk Ahmad masa kat rumah opah. Syukur.

Sekarang pun workload dah kurang, jadi saya ada masa yang banyak untuk mengepam. Saya mengepam di bilik sendiri, jadi no problem. Lagipun staff di opis saya 98% perempuan, senang, tak kisah kut2 ternampak sebab masing2 pun ada... : P

Jadual saya:

1. 9 pagi

    Lepas breakfast. Lepas tu makan semua vitamin 1 biji dan alfafa 2 biji sebab saya tak sesuai nak makan semua vitamin ni waktu lain.

2. 12 tengahari

     Sebelum lunch dan lepas minum 2 liter air. Dalam masa 9 pagi hingga 12 tengahari tu memangla kerap buat lawatan rasmi ke cik tan.

3. 3 petang

     Lepas lunch. Makan 2 biji alfafa. Pastu akan pulun minum air lagi.Berapa yang larat la sebab kat rumah nak minum air lagi.  : P

4. 5.30 petang

    Di sebabkan opis hour saya sampai pukul 6, jadi kena la cepatkan 1/2 jam sesi mengepam. Nanti takut kelam kabut nak kemas barang, make up2 (owhh...ok tipu je..) nagn off laptop sume.

Kerana kekonsistensi (fuhhh) saya sekarang ni, saya akan dapat 3-4 oz sekali mengepam. Dulu nak dapat 1/2 oz pun nanges2..huhuhu...jadi apa yang penting?? KONSISTEN!!!... : P

Pastu akan sambung lagi 3 sesi mengepam kat rumah di samping direct feeding pada Ahmad..moga Allah memberkati usaha saya untuk menyusukan anak saya dan memakbulkan doa saya untuk berjaya menyusukan anak saya..

Aminnnnn...




Friday, July 30, 2010

Usaha untuk Buat Frozen Stok EBM untuk bulan Ramadhan...

Aha..!! dah dekat nak Ramadhan kan..

Saya tgh berusaha keras..ye...sangat keras untuk membuat stok EBM untuk Ahmad kot2 la dalam bulan Ramadhan nanti tak de daya kan...

Tak byk pun collection frozen EBM saya...tambah2 lagi saya tak sihat dan takboleh nak nyusukan last week..dah guna dah frozen EBM saya..nak pulun dalam hujung minggu ni takleh la plak sebab ada family day kat Port Dickson..(ahaha..motif nak bagitau nak gi jenjalan...)..

Syukur Ahmad dah makan, so, takdela minum banyak sangat. Bolehla buat stok yang mana ada lebih2 tu..Cuma sekarang ni kuat merengek waktu malam. Taktau kenapa. Bila bagi takdela minum lama pun..tapi kerap sangat merengeknya...ermmm..

Pengeluaran hasil tenusu..ahaks..saya sekrang ni pun takdela banyak, tapi bersyukurla berapa yang ada yang dapat, masih boleh buat stok lagi.

Kakak saya sekrang pun saya dah promote BF. Supaya dia BF kan anak dia yang baru 3 bulan. Tapi niat dia tak bagus. Ada ke semata2 nak jimat..cess..sepatutnya untuk kebaikan anak dan diri kita jugak..
Doakan saya berjaya kumpul stok selagi daya ni..chaiyok..chaiyok..

Minggu ni ofis saya ada family day di Tiara Beach Resorts Port Dickson. So, kami sekeluarga akan ke sana bergumbira dan berkenalan dengan staff dari branch KL. Nanti saya update pasal family day saya ni..

Ayoo..!! baju dinner esok malam temanya hitam merah..saya tak pernah ada baju warna merah..hehe..sebab tak berani nak pakai..ni satu hal le plak nak kena cari beli. Nasib la tak buat tema Hawaii ke..naya ahkak...

Wednesday, July 28, 2010

EBM Sad Story

Salam Rabu...

Sejak dari hujung minggu lepas saya tak sihat. Selesema sket pastu ada rasa sakit di kerongkong. Susah sangat nak telan makanan hatta air liur..waa...sgt2 tak comfortable...walaupun takdela sakit sangat..mungkin sebab terlebih sudahhh makan pedas minggu lepas atau tertelan benda..perasaan tak selesanya tu rasa macam kita menelan tapi tersekat kat dada atau rasa kalau kita minum air byk2 gelojoh2 tercekik air kat dada. Adoii sakit.. Muka toksah cakapla..nampak nau moody nyer..jela sebab sakit tergambarla kat muka..

Tapi bersyukur jugak dgn rasa sakit ni moga2 Allah ampunkan segala dosa yang lepas. Moga Allah beri tubuh badan yang sihat semula kemudian hari. Syukur jugak larat lagi nak kerja mcm biasa dan jaga anak dan buat kerja rumah mana yang boleh dan terdaya buat. Baju serius berlonggok mcam Gunung Kinabalu..tak sampai lagila mcam Everest..hihi..tak larat nak melipat kain baju..atau dalam erti kata lain, malas fullstop. ngeh ngeh

lepas consult, kata gastrik..mmngla ada history gastrik, tp skrg ni bukan sakit kt perut, tapi sakit kat kerongkong..dptla ubat gastrik. Lepas minum tak ok pun. Last2 Mr Husben decide bawak pegi jumpa dr cina. Sebelum ni pun ada cuba ubat dia dan ok sgt. Tp dr cina (sensei) ni pesan jgn BF untk 3 hari (ubat 3 hari) plus 1 hari untuk bg clear ubat. Mr Husben kata ok kut..cubala, lagipun 3 hari tak lama. Pastu adala sket stok frozen EBM bleh bagi kat anak.Tp ubat dia mmng ok, baru mkn sekali dh rasa kurang dah sakitnya...

So, semalam tghari start makan ubt sensei. Maksudnya dah start pantangla. Mujurla pagi sempat pam dpt dlm 12.5 oz untuk 2 sesi. Then masih mengepam macam biasa, tapi kena buangla. Sedih kan. Dahla stok EBM tak seberapa, lepas tu kena buang plak. Setitik tumpah pun rasa macam dh nk nanges..waa..tetap gak simpan sume EBM yg dipam wktu malam. Mengepam masih macam biasa...

Dan malam semalam bermula la episod drama swasta..(teringat masa zaman budak2 dulu..kat rtm)..Ahmad takbleh nak tido.Kesian sngt tengok. Terpusing2 last2 tido sendiri. Tapi yg paling sedih pkul 3 pagi bangun cari 'ubat' dia. Nangis2 sampai Husben bagi susu dlm botol. Dah habis tapi merengek2 nangis2..akhirnya naluri keibuanku ini tewas juga (ayat novel) dan bagi jugakla 'ubat' Ahmad dan dia tido sampai pagi..tawakal pada Allah moga takde apa-apa kesan..dan Ahmad bangun pagi ceria macam biasa...

Camne la untuk 2 malam lagi..mau la meroyan nak nengok dia nangis2 lagi macam malam tadi...so samada, kena pegi tukar ubat atau consult medical dr yg laen arini..tak tahan nak tengok anak guling2 nanges cenggitu...dan harap2 takyahla buang EBM tu..sayanggggg...