Thursday, August 05, 2010

Masalah Penyusuan Susu Ibu : Bengkak Payudara .

Harini macam takde mood je.

Dahla sakit perut, sakit sangat2 pulak tu..

pastu cik non B belah kanan bengkak pulak dah. Dah cuba pam pun masih tak berjaya.

Gugel la jugak camne nak wat lagi kalao cik non B bengkak.

Jom baca artikel dari ratuhati.com

Kebengkakan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.

Tanda-tanda dan gejala...

Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan...
Kesukaran untuk bayi menyusu
Kesukaran untuk mengeluarkan susu
rasa sakit dan tidak selesa

Rawatan...

Jangan hentikan penyusuan.
Periksa adakah anda menggunakan teknik yang salah. Betulkan jika salah.
Susukan bayi anda dengan kerap.
Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.
Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu. Anda juga boleh mandi di pancuran air hangat sambil mengurut payudara anda terutamanya di bahagian yang terdapat ketulan keras.
Berbaring mengiring untuk membantu susu mudah keluar.
Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakan.
Segera berjumpa doktor jika disertai dengan rasa seperti hendak demam dan payudara kemerahan. Mungkin terdapat infeksi.

Pencegahan..

Susukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
Teknik penyusuan yang betul.
Susukan bayi hingga payudara terasa 'kosong'
Tidur mengiring lebih berkesan berbanding tidur menelentang.
Elakkan coli yang terlalu ketat atau tidak sesuai.
Rehat.

source: ratuhati.com