Wednesday, January 18, 2012

Sama..



Hari ini rutinnya tetap sama.
6.50 pagi bergerak dari rumah - hantar Ahmad ke rumah mak.
7.30 pagi sampai office.
1 - 2 petang rehat.
6.00 petang punch out dari office.
Kalau ada meeting atau function/event/program barulah bertukar rutin.


Kadang-kadang terfikir sampai bila kah rutin ni akan tetap sama?
Sampai umur 55 tahun (bila layak mohon pengeluaran KWSP) ke?
Maksudnya ada lebih kurang 20 tahun lebih lagi menghadap rutin hidup yang sama setiap hari Isnin sampai Jumaat?


Punch in - punch out.
Dan masa tu Ahmad dah kahwin dan kami dah ada cucu?
Huwaaaa...Ya Allah selamatkan aku..!!
Tapi agak-agaknya kalau rutin tu kerap bertukar akan ada makhluk Allah yang merungut pulak..hai la...