Tuesday, December 28, 2010

Awasi Anak Anda di Eskalator

Baca berita hari ni dalam suratkhabar? Berita kaki budak cedera tersepit eskalator. Terasa macam nak komen sebab ada di tempat kejadian. Bak kata orang memang  the right time at the right place.

Ahad pukul 9 malam. Kami baru tiba ke situ tak sampai 10 minit. Tengok orang kerumun eskalator. Ingatkan ada orang terjatuh. Tengok-tengok ada budak perempuan dalam darjah 5, tersepit kaki dalam eskalator.

Sila imejin ye, jejari kaki termasuk dalam celah-celah eskalator. Disebabkan eskalator tu sedut kasutnya. Ye, kasutnya. Saya tak berani nak tengok. Ala-ala jengah manja je. Takut pulak nak tengok, kut-kut berdarah ke apa. Maka, Encik Husben pun tolong apa yang patut. Kitorang dua duk diam-diam tolong tengok dari jauh je.

Sian kat budak tu terjerit-jerit sakit. Gila kau kaki masuk celah-celah tu mestila sakit. Adoi..Dekat sejam juga kakinya tersepit baru bomba bleh keluarkan. Paramedik pun dah stand by.

Ditambah pulak dengan drama antara pekerja shopping complex termasuk guards dengan reporter. Iye, reporter sampai situ sangat cepat ok. Ramai pulak tu. Taktau sape yang jadik informer. Dah ada pulak nak bergaduh-gaduh sebab pekerja-pekerja tu tak bagi sesape pun ambil gambar. 

Tak boleh ambil gambar sebab nak jaga nama shopping complex tu atau nak jaga air muka mangsa? 

Wartawan itulah kerjanya. Guard tu pun itulah kerjanya. Kalau tak dapat berita macam ni, wartawan tu mesti kena marah dengan bos dia. Guard tu pun kalau tak jaga gerenti kena sound tak pun terus kena sack.

Apa pun, tolong awas dengan anak-anak ye. Kadang-kadang tengok mak ayah biarkan je anak turun naik main eskalator.

Dan kasut mahal pun tak tentu boleh selamatkan kaki kalau tuan punya kaki tak sayang kakinya sendiri..lol