Friday, July 01, 2011

Tangan Saya Sakit - Bahagian 2

Sebelum ini mama yang berangan jadi doktor pernah kata pada babah, "Tangan Ahmad takde apa-apa lah, sikit je terseliuh kut.." sebagai ayat penyedap hati sendiri.


Selepas itu, doktor betul-betul tak tipu punya dah sahkan tulang tangan kanan Ahmad memang patah. Comel je tangan Ahmad dengan tangan babah dalam filem x-ray tu. Kalau ada tangan mama sekali, bolehla framekan filem tu buat album family..huhuhu..


Bersusah payah nak tengok yang mana satu patahnya dalam x-ray tu. Sampai ada orang yang tak puas hati tak dapat A subjek Sains PMR dulu. heh..Tulang Ahmad macam terperosok tapi dah makin ok, mungkin sebab sebelum tu dah pergi berurut 2 kali.


Doktor tersebut berpendapatan  tulang Ahmad yang patah tu akan kembali bercantum secara semulajadi tanpa perlu apa-apa medication serta tidak boleh sekali-kali diurut.  Definisi "semulajadi" pada Ahmad mungkin membawa maksud "lebih lasakkan diri sebaik keluar dari bilik doktor"..huhu


Untuk semua auntie-auntie yang shantek2 dan uncle-uncle yang ensem2 yang mendoakan Ahmad sihat cergas dan mantap semula, terima kasih daun keladi, kalau jumpa boleh belanja McD..heh


Hari ni Incik Husband saya cuti peristiwa sempena hari sukan sekolah beliau semalam. Saya yang takkan dapat cuti peristiwa seumur hidup - kecuali-dapat-jadi-cikgu sekolah - muncung panjang hentak-hentak kaki tanda protes kena pergi pejabat.


Tapi saya dah imejin muncung-muncung chekgu-chekgu dan anak-anak murid yang kena berlari  termasuk muncung Incik Husband saya ketika mana saya sedang bersenang lenang tengok Nasi Lemak Kopi O dengan Ahmad esok..keh keh keh.. 


(Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan Malaysia 2011 peringkat kebangsaan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade) Taiping, Perak - http://www.moe.gov.my/bsukan)..





Selamat hari Jumaat..syukuri segala nikmat kebahgiaan yang diberikan kepada kita..