Sunday, September 05, 2010

Datuk Sosilawati Hilang...

Berita menggemparkan tentang kehilangan pengasas produk kosmetik Nouvelles Visages, jutawan terkemuka, Datuk Sosilawati Lawiya bersama 3 individu lain.

Dilaporkan beliau telah ke Banting, Selangor bersama 3 individu lain termasuk peguamnya atas satu urusan perniagaan, tetapi tidak pulang setelah 3 hari. 

Kehilangannya telah dilaporkan oleh anak beliau setelah beliau tidak kembali ke rumah walaupun berjanji akan berbuat demikian selepas 3 hari menguruskan urusan perniagaan tersebut.

Berita kehilangannya telahpun disiarkan dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil memberikan bantuan dengan segera.

Sehingga kini, tiada laporan yang mengatakan beliau diculik memandangkan tiada sebarang permintaan dibuat.






Rozita Che Wan bersara..

Bukan kakitangan awam je yang pencen, artis pun pencen jugak.. : P ..

Rozita Che Wan akan bersara dari berlakon. 19 Disember 2010 tarikh akhir Rozita di lokasi penggambaran dan drama terakhirnya di Astro, Kiah Pekasam. Lepas ni takde la dapat tengok Rozita Che Wan dalam majalah atau kat tv lagi.

Rozita dikatakan dah ada perancangan untuk buka perniagaan sendiri tapi belum ready nak kahwin lagi walaupun dah ada pengganti. 

Rozita juga dah tak minat nak berlakon lagi dan nak luangkan lebih masa dengan anak-anak sebab selama dia berlakon jarang ada masa nak bercuti dengan anak-anaknya.

Semoga Rozita berjaya dalam kehidupan barunya.. : )


picture googled..