Wednesday, November 09, 2011

Kepala Tudung Bentuk '~'

Hari ni dah start kerja lepas cuti panjang.
Jumaat - Emergency Leave sebab anak bujang trang tang tang saya demam panas.
Selasa - sambung tido, eh sambung raya kat Kuala Kangsor lepas raya pertama di Melaka.


Semalam tiba di Melaka lebih kurang tengah malam.
Dah jadi ala-ala Cinderella dah kitorang laki bini ni.
Asal balik rumah dari Kuala Kangsar je mesti dah dekat tengah malam.


Jadi, penat punya pasal, bangun pagi tadi lambat ko.
Dekat 6.40 baru terjaga.
Mana sempat bai nak sampai sekolah sebelum 7.45.
Nak kena mandi - iron baju - solat - kemas beg anak ..


Maka terpaksa la merempit.
22 minggu dan merempit...ermm..
Pening ke apa adik baby melambung-lambung dalam perut mama..hehe


Punya lama tak naik motor. ~ Gayat ~
Masa mengandung Ahmad dulu sekali je pun naik motor.
Tu pun mak mentua dah bising.
Nampak sangat menantu kesayangan..ahaks..
Maka perlulah rasa simpati pada orang yang takde kenderaan lain..  : (

Jadi tudung awning saya hari ni daripada bentuk Ω
Dah jadi macam ni
Sebab pakai helmet...huhu..


*gambar tudung tiada sebab rupa agak mengerikan*


Selamat hari Rabu semua...