Friday, December 23, 2011

Cerita Ho Chi Minh City senafas..

Nak cerita pasal  cuti Ho Chi Minh senafas je ni hah..Maka, sila jangan muntah hijau ye..



 

Kami tiba kat LCCT dari Melaka dalam pukul 12 tengahari kut. Flight scheduled at 2.15 pm. Terus check in takut terlepas masa check in. Yelah, selalu orang yang buatkan. Ni semua kena pandai-pandai sendiri kan.


Plan asal nak parking di LCTT tak jadi sebab adik ipar dah standby untuk bawak kete balik. Tapi ikut info, parking di LCCT sehari 24 jam RM30. Ada beberapa tempat letak kereta kat LCCT. Menurut staff situ, selamat kalau nak parking kat LCCT sebab 24 jam dan ada banyak CCTV. Tapi takpelah, lenkalilah.


Nasib budak botak ni behave je. Main dengan kete mainan dia je. Tapi rasanya dia lapar kut sebab seperti yang dijangka, flight AirAsia akan delayed la. Almost sejam kut delay nya. Maka, sume orang lapar sebab kat LCCT punyalah ramai umat manusia...dapat makan McDonalds  je sebelum masuk departure hall. Kenkadang rasa macam AA ni nak sabotaj je sebab makanan kena beli kan..hehe


Kebetulan pulak departure hall ke gate kami tu tengah renovate. Kedai apa pun takde. Toilet pun takde. Kena keluar semula ikut kaunter imigresen kalau nak pergi toilet.


Untuk flight ticket, dah ambil awal-awal lagi. Sebelum mengandung kan. Tapi harga masihla agak mahal. Kalau rajin bolehlah selalu jenguk-jenguk ke website AirAsia. Masa ni flight ticket kami dalam RM600++ (to fro) untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak bawah 2 tahun. Memang niat nak bawak Ahmad jalan sebelum dia 2 tahun. Tahun depan dah tambang orang besor dah.


Masa ni kandungan adalah dalam 25 minggu. Mula-mula staff AirAsia tak perasan perut mak yong ni. Tapi bila bagitau saya mengandung, staff AirAsia minta isi borang 'Indemnity and Release' sebagai akujanji kita tak kan ambil apa-apa tindakan terhadap AirAsia sekiranya apa-apa terjadi pada kandungan semasa/selepas penerbangan. Nasib baik malam semalam nya sempatlah juga Incik Husben rembat pergi klinik untuk dapatkan surat pengesahan doktor.


Seingatnya untuk AirAsia sehingga kandungan 27 minggu masih boleh diterima dalam penerbangan tanpa perlu ada surat daripada doktor yang ibu hamil adalah sihat untuk terbang. Tapi 27 minggu hingga 34 minggu perlukan surat pengesahan doktor dan AirAsia tak boleh terima penumpang yang mengandung lebih dari 34 minggu. Taktaulah pulak kalau kita kena consult atau buat rayuan pada syarikat. Yelah, kadang-kadang ada orang yang perlu juga travel walaupun dah sarat sangat.


Tips #1 kalau bercuti dan bawa anak kecil bercuti : Kena bawa biskut, makanan ringan dan minuman untuk anak supaya dia tak meragam.

Tips #2 : Kena bawa mainan yang dia suka supaya anak tak meragam atau cepat rasa bosan. 





Kami tiba di Ho Chi Minh City dalam pukul 5 petang. Waktu tempatan Ho Chi Minh sejam lebih lewat. Penerbangan tak lama. Macam dari Melaka pergi KL je. Dalam lingkungan 1.45 sampai 2 jam. Kami ambil cab dari kaunter airport je. Takde masalah. Beri alamat hotel dan dia boleh je hantar.


Untuk ke hotel kami, ambil masa dalam setengah jam dari airport dan kena bayar USD12. (Dalam RM36 juga la) Ada yang lagi murah. Dengarnya dalam USD8 je. Tapi dah terambil yang ni. Ok je la. Dan kami tempah siap-siap untuk balik ke airport semula nanti. Senang, takyahlah nak call cab yang lain. Lagipun bayarannya sama.


Masa sampai ngam-ngam macam orang tengah balik opis la kekdahnya. Punyalah berlambak moto. Ni driver taxi ni siap nak menyelit-nyelit lagi tengah-tengah motor yang banyak tu. Dah terjerit-jerit dah kita dalam kete ni. Fuhhh..ngeri. Kalah naik roller coaster. Sesiapa yang nak merasa sila-silalah ke Ho Chi Minh ye. Tapi Incik Husben kata jangan risau sebab pergerakan trafik agak perlahan sebab kenderaan banyak. Jadi kalau nak tergesel ke memang sempat nak brek.


Sampai hotel je, check in dan terus mandi solat rehat. Penat ya amat. Yang bestnya channel tv sikit punya banyak kalau kat Vietnam ni. Tak pasti lak kalo siaran tv biasa pun cenggini tapi ok la gak. Bolehlah jugak dak kecik tu tengok Upin Ipin dengan Boboi Boy dalam Bahasa Melayu. Malam, Incik Husben turun sorang-sorang pergi cari makanan, sambil mak yong dan dak kecik dibuai mimpi.


Rasanya di Ho Chi Minh ni mencari makanan halal momantai la. No problem. Sebab ramai Muslim Melayu Champa. Yang dah memang fasih berbahasa Melayu walaupun slanga dia ada pelik skit, tapi bolehlah faham. Minuman pun takdek masalah. Boleh je bancuh air sendiri kat hotel atau beli air buah ke. Ada Tropicana Twister, ada buah kelapa muda, teh kundur, Ribena. Incik Husben saya yang sangat teratur itu memang dah siap-siap bawa bekal megi, air teh segera untuk persediaan..


Tips #3 : Bawa makanan segera atau minuman segera sekiranya susah nak mencari makanan halal.

Kalau nak pergi jalan-jalan cari makan macam Farah AF breep breep dalam Rasa Halal Vietnam pun boleh. Dulu masa first time datang Ho Chi Minh City memang makanan adalah sedap-sedap sebab agen bawak ke kedai yang Farah AF2 makan. Mestilah sedap-sedap. Kalau dari hotel ni dekat je pun nak jalan kaki. Cuma sanggup ke tak je nak lintas jalan..huhu..macam nak pergi perang ko kalo nak lintas jalan. Maka, makan jela apa yang ada.    


Kat sekitar hotel je ada 2-3 restoran Melayu Champa yang siap boleh deliver lagi ke hotel kita. Standard masakan macam masakan Melayu, tapi faham-fahamlah pelik sikit rasanya ikut selera orang tempatan. Harga pun macam standard je semua. USD3 (dalam RM9) untuk satu nasi goreng. Harga makanan kat sini memang boleh tahan lah juga mahal. Tambah-tambah lagi kalau dijual dalam US Dollar kan.


Lupalah nak snap gambar makanan, sebab fuhh memang tak seswai dengan tekak ai..hihi..maka ai memilih untuk diet buah sahaja..hehe..Tapi buah pun mahal okehhh..sebijik epal adalah dalam VD66,000 - sepuluh hengget ok. Ko ado? Tapi banyak buah macam rambutan, mata kucing, manggis. Maka makan buah buahan tempatan jela.heh. Maka, tamat sudahlah hari pertama kami. 






Hari kedua kami bermula dengan sarapan pagi. Breakfast included. So, makan pagi dekat hotel jela. Makan roti je. Tengok budak kecik tu dah bersemangat nak pergi jalan..heh



   
   


Tutti Frutti pun ada. Kalo sanggup sila sila kanlah ye...ehe.. Inilah destinasi kami semata-mata di sini ye. Pasar Ben Thanh dan sekitar-sekitarnya. Walking distance dari hotel kami. Teramat-amatlah dekatnya. Incik Husben saya rajin turun naik hotel. Ada je benda yang dia nak cari.


Rasanya Ben Thanh Market ni tempat yang paling best untuk shopping di Ho Chi Minh City ni. Semua ada. Tapi tak sempat nak ke Russian Market. Dengar kata Russian Market pun best juga. Nak membawak badan adalah sangat penat. huhu..Sebab dulu dah pergi tempat-tempat bersejarah dan menarik di Vietnam, jadi kali ni kami tanaklah pergi lagi. Saje nak jalan-jalan je sambil shopping. Kami shopping kain dan benda-benda sendiri. Kain cotton adalah sangat heaven ye kat sini. Cantik-cantik dan berbaloi dengan harga..


Lagi satu yang bestnya kat sini, kopinya. Baunya sedapppp sangat. Kat tepi-tepi pasar ni pun ada jual kopi-kopi bermacam jenis dan standard. Tapi Incik Husben tak kasik minum kopi, jadi tak dapatlah nak borong kopi lagi. :  (


 




Malam hari kedua kami pergi pasar malam. Sebelah Ben Thanh market je pun. Tapi yang tak bestnya orang Vietnam ni pergi pasar malam naik motor. Jadi kena hati-hati takut terlanggar ke. Kat sini banyak sangat Melayu Champa yang berniaga. Siap ada jual burger, kebab lagi. Banyak juga jual telekung, jubah kain lycra bermanik, jubah kain biasa, baju kurung siap bermanik, souvenir. Macam-macam lah yang ada. Sampai tertidur dah Ahmad sebab penat sangatlah tu.


 

 
                     

              


Hari terakhir kami di HCM City. Sekali lagi tawaf pasar Ben Thanh. Beli lagi apa yang terasa nak beli. Pergi HCM City kali ni memang misi menghabiskan duit sungguh..huhu..Ahmad dah siap pakai baju 'yepen' (read : elephant) dia yang baru beli semalam. heh...sebab memang niat nak beli baju kat sini je. Takut kena extra charges kang kat airport. Mak dia pulak pakai tudung dengan seluar recycle je. Eh, wangi lagi la..heh..

Tips #4 : Bawa pakaian sekadar berpatutan. Seeloknya yang boleh diulang pakai untuk penjimatan ruang beg.


Peniaga-peniaga dalam pasar Ben Thanh sangatlah peramah. Cer tengok gambor, kenmain mesra lagi Ahmad dengan depa. Siap bagi Ahmad main game lagi. Memang suka dengan budak-budak agaknya. Lagila suka dorang bila Ahmad mula buat kelakar Mr Bean dia.


Dan jangan lupa tawar harga gila-gila punya. Selalunya dapat kurangkan harga asal. Kalau tak beli satu kedai tempat lain boleh beli lagi. Sila jangan putus asa untuk mencari harga yang terbaik. Dan selalunya juga satu kedai takde banyak beza harga sangat dengan kedai yang lain.


Peniaga-peniaga kat sini semuanya dah pandai convert currency. Dorang boleh je ambil Ringgit Malaysia. Tapi dorang lagi suka US Dollar cuma kitala rugi sebab kita beli US Dollar mahal. Masa kitorang pergi haritu, USD 1 bersamaan dengan RM3.80 dan Vietnam Dong 65,000 bersamaan dengan RM10. Jangan lupa tanya harga barang dalam kesemua currency samada RM, USD atau VD. Jadi pandai-pandailah tawar setawar tawarnya ye.

Tips #5 : Jangan lupa bawa jadual pertukaran wang (currency converter dalam bentuk jadual) yang senang dipegang dan dilihat jika ke negara luar untuk memudahkan kita mengira dalam matawang Malaysia.

Tang quality wise barang-barang kat sini sama je macam tempat lain. Kan ke quality comes with price kan. Jadi tengok-tengoklah mana yang berbaloi dengan duit kita.

 
 


Sebelum berangkat balik. Turun lobi tunggu cab sampai. Inilah hotel kami. Hotel Halo. Kami booked melalui agoda.com. Rasanya berbaloilah untuk kami bertiga dan berapa hari kami kat sana. Untuk 2 Dec sampai 4 Dec, RM180++ sahaja untuk Halo Hotel ni. Termasuk sarapan pagi 2 hari.


Facilities rasanya ok-ok je. Asalkan ada channel tv yang best. Boleh tengok AXN, Ugly Betty sume. Tak menahan shower dia tu. Best macam air terjun ko. Tapi nampak tak batu-batu sungai kat dinding tu? Rasa macam orang kat luar boleh skodeng je kita mandi sebab kita pun boleh nampak luar.hheheh... 


Sebelum ni memang tak yakin nak book hotel online. Tapi lepas balik dari Vietnam pun kami booked Grand Paragon Hotel di Johor Bahru melalui agoda.com. Ok je rasanya. Mudah.


Tips #6 : Rancang awal percutian anda termasuk booking hotel lebih awal atau melalui online. Mungkin boleh tengok kalau ada promosi  atau diskaun.





On the way ke airport. Driver cab ni sangat menepati masa ye. Kami janji pukul 12 tghari. Ngam-ngam je dia sampai. Terkagum betul. Incik Husben bagilah jugak tips kat driver ni.


Risiko kita berjalan kat negara orang ni adalah risiko ditipu. Masa first time dulu kami kena tipu dengan driver cab yang charge perjalanan yang biasanya dalam RM4 sampai dekat-dekat VD1,000,000.00 (dekat-dekat RM200 masa tu)!!. Maka kenalah berhati-hati ye. Tengok-tengok dulu muka reliable ke tidak.


Kalau di pasar Ben Thanh memang ramai orang Malaysia, Brunei atau Singapura. Jadi takde masalah kalau nak bertanya. Dan jangan la pulak menyombong taknak pergi tanya atau mintak tolong kalau ada masalah.


Tak pasti ler macamana polis kat Vietnam ni nak mengawal trafik. Selalunya tengok polis trafik akan berdiri  satu tempat tinggi dan perhatikan trafik. Tak bleh la nak duk tengah-tengah jalan macam polis trafik kat Malaysia. Seriau...


Tips #7 : Berhati-hati dan simpan nombor telefon pihak berkuasa tempatan sekiranya anda dalam kecemasan.


Bye Ho Chi Minh City..insyaAllah ada rezeki datang lagi sana sebab rasa macam best juga Vietnam. Dan teringin sangat jugak nak pergi India...verangan nak jumpa Shah Rukh Khan..hehe..


Flight kami ke Malaysia scheduled at 4 pm (waktu Vietnam). Kali ni memang tersangat sharp pulak Air Asia. Dan selamat sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 7 petang. Pastu terus balik Melaka. Akhir kata, penattttttt seminggu tak habis.


Kalau ikutkan Incik Husben this will be our last 'outside Malaysia' trip kami sebab kami nak berjimat cermat untuk pergi umrah. Teringin sangat nak pergi Mekah dan menghadap Kaabah dan beribadah di Masjidil Haram dengan Ahmad dan adik baby sekali insyaAllah.


Tapi semalam siap kata, "Mama, jom kita pergi Singapore nak tak?" huhuhu..lahai...