Thursday, June 13, 2013

Hari ini hari Khamis..


Pagi tadi. Ada dalam kelas. Rasanya macam lecture hall. Luas.

Lecturer itu berdiri tegak di hadapan kelas. 

"Bunyi ini adalah seni muzik terkini yang semakin menjadi kegilaan", katanya.

Aku pulak menyahut : "Iyela Sir. Bunyi muzik ni pun memang macam bunyi lagu Harlem yang orang guna untuk menari Harlem Shake tu"

Tiba-tiba, "mama, bangun cepat. Dah pukul 5.50 ni"

Buka mata tengok beliau dah mandi, tuala terlilit di pinggang.

Panas hati.

Aduiiii, macamana bunyi alarm hp dah bertukar lagu Harlem Shake??

Nasib baik mimpi tu pendek je tau.

Belum sampai kena buat latihan menari Harlem Shake bagai lagi... hihi

Assalamualaikum semua. Hari ini hari Khamis ye.