Friday, December 13, 2013

Perkampungan Hang Tuah, Duyong Melaka



Sekarang musim cuti sekolah mesti ramai bercuti-cuti Malaysia atau bercuti-cuti luar Malaysia kan. Hah, sapa-sapa yang suka sejarah, boleh la datang sini. Tengok muzium Hang Tuah ni.




Sila abaikan muka tuan tanah kedaung dan rombongan yang cenggitu misteri sekali rupanya..Sila fokuskan pada keindahan bangunan ye..hehe

 




Lokasi dekat dengan perigi Hang Tuah, Duyong, Melaka. Kawasan Perkampungan Hang Tuah ni memang luas sangat. Pastu ada Pusat Hang Tuah (Hang Tuah Centre) dengan rumah-rumah Hang 5 Bersaudara ni la.


 
Setiap rumah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu ni ada pelbagai aktiviti dan bahan pameran. Hang Tuah Centre ada auditorium yang ada interaktif audio. Pekerja kat sini bagitau ada aktiviti persembahan seni kebudayaan, tayangan visual kat setiap rumah. Kat sini pun boleh naik kereta kuda.



Yang penting kawasan ni cantik dan ramai orang buat sesi fotografi kat sini, especially pengantin baru. Pengantin tak berapa nak baru pun bolehhh feeling-feeling kalau nak bergambor. heh


  

Saya rasa sesiapa yang tak minat dengan sejarah mungkin tak berapa suka tempat tempat macam ni. Eh, tapi bukan ke Melaka ni bandar bersejarah, bandar warisan dunia kan? Melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia..Kalau anda ke Melaka nak bershopping maybe la tak berbaloi kut..(senyum..)..

Bayaran masuk tak sure berapa sebab masa kami datang ni dah tutup..rasa dalam pukul 5 petang dah tutup dah..hehehe..tangkap2 gambar je kat luar. Kalau berminat cer tengok kat Website PERZIM kut-kut ada senarai bayaran masuk dengan jadual waktu.

Selamat bercuti-cuti ye.. : )