Tuesday, July 12, 2011

Ahmad Tetap Hero di Hati Mama...

Dah terasa lama pulak tak bercerita pasal anak bujang hero seorang ni. Eh, tapi macam baru je.heh..Cerita pasal tangan Ahmad : Tangan Saya Sakit Bahagian 1 dan Tangan Saya Sakit Bahagian 2. Dah namanya mak-mak mestilah cerita pasal anak kan? Kalau pasal percintaan hindustan mak bapak dia, karang ada yang fengsan muntah-muntah pulak..hehe

 
Tangan Ahmad dah semakin ok. Tulang yang membengkak tu pun macam dah kurang bengkaknya. Tapi masih nampak kebengkokannya. Terima kasih untuk yang mendoakan anak bujang trang tang tang saya ni yang nampaknya makin hero. Mestilah hero kalau gaya protes adalah gaya Ong Bak : hentak-hentak kaki dan tumbuk-tumbuk dinding??!! grrrrr...

 

Setakat kehidupan saya ini, momen terindah dalam hidup adalah melahirkan Ahmad Raif Idlan. 25 Disember 2009, subuh Jumaat. Saya ingat sangat hari tu sebab sepatutnya cuti free hari sambutan Krismas.  First time tengok Ahmad, magisnya..ajaibnya ciptaan Allah...subhanallah, Allah Maha Besar. Dalam operation theatre saya menangis macam budak kecik  hilang mak kat shopping complex. heh




Dalam pantang, saya emosi. Mana taknya, bila ada je orang datang melawat ...."Tak macam muka ayah nya waktu kecil pun. Dulu ayahnya macam budak Cina". Memula terasa sangat. Apa maksudnya tu? Kalau tak ikut muka bapa, mestila muka mak kan? Habis tu....?? Sentap tau. Saya tau la anak saya kulit gelap. Tak macam Incik Husband putih melepak la waktu kecik.

















 
Iye, anak saya berkulit gelap macam saya. Ikut genetik saya la tu. Bukan macam saya waktu kecik je, sekarang pun saya gelap jugak...hehe. Saya ingat lagi, kenangan masa zaman saya kecik2, kakak-kakak dengan abang-abang saya selalu saiko saya.

 
Ada ke patut dorang kata saya anak angkat mak dengan arwah abah. Dorang kata mak jumpa saya kat tepi jalan. Tu pun dah sental guna berus kalau tak lagi legam. Sebab saya je yang over gelap dan over gedempol. huhuhu..Over kan dorang semua. Tau la depa semua putih-putih melepak. Tengok, betapa berat penderaan mental yang dilakukan pada saya dulu..grrr..


Saya masa tu percaya habis-habisan. Maklumla, budak kecik yang innosen, baik hati, lemah lembut *yang ni tambah-tambah..heh*. Yang menambah lagi keyakinan 100 persen tu adalah memang depa semua putih-putih dan muka kitorang masing-masing memang tak sama. Lagi pun masa tu kecik lagi kan. Zaman tu percaya kat Jepun memang ada raksasa yang lawan-lawan dengan Ultraman..huhu


Bungkus baju-baju dalam beg plastik, bajet nak lari rumah sebab merajuk. Tapi bila sampai simpang rumah, terus patah balik. Tak jadi lari rumah sebab lupa bawak megi buat bekal.. haha..Bila dah tua bangka ni, bila difikir-fikirkan balik apa ke bengongnya ntah. Nak lari, lari jela. Lepas tu gelemer muka masuk dalam paper "Ibu Rayu Anak Balik"..Mengada-ngada..hehe  


Ok balik cerita dalam pantang. Masa tu fikiran terganggu jugak. Dah katanya dalam pantang, mesti la emosional, fikiran tak menentu pulak tu. Ahmad waktu dalam pantang pulak boleh tahan jugak pitching dia bila nangis. Tak tidur pulak tu. Memang baikkkkk sangat anak mama waktu tu..heh.. Terjejas sangat  perasaan waktu tu. Mujur dapat kawal dan tak over. Tu pun sebab dapat tengok Raja Lawak kat Astro dengan main Facebook..hehe

 
Mujurla Incik Husband selalu je sedapkan hati. Sejukkan hati saya yang emosional membara ni. "Macamana pun, Ahmad kan anak kita. Sama je, hitam ke putih ke. Asalkan sihat dan cergas dan comel".  Jadi, terubat jugaklah perasaan kesentapan yang teramat tu.


Bila difikirkan secara waras, kita patut bersyukur dan hargai apa yang dah Allah berikan, anugerahkan pada kita. Ciptaan Allah itu sendiri dah terlalu istimewa. Seharusnya kita fikir-fikirkan sejauh mana peritnya kita, ada manusia lain yang lebih menderita dan lebih teruk menanggung perasaan.



Jadi, walau warna kulit Ahmad gelap macam mama, mama syukur mama dapat anak yang bijak dan comel macam mama jugak...huhuhu...*puji diri sendiri melalui anak nampaknya*..


Yang penting, walau apa pun orang kata, Ahmad tetap hero hindustan no 1 dalam hati mama.  Dark, tall, handsome macam Abishek Bachan ... : P .


Entah apa motif  entri hari ni agaknya ye. Yang pasti saya sedih sebab ada ahli keluarga saya yang marah dan merajuk dengan maknya sejak minggu lepas dan masih menumpang rumah saudara terdekat lagi. Kenapa kita sanggup melukakan hati ibu kita ye? Adakah sebab kita tak sehaluan, tak sezaman tak sependapat?  Saya akui kadang-kadang saya pun tak sehaluan dengan mak saya, tapi bila difikir-fikir, menyesal.

 
Saya terfikir kalaulah saya ibu itu dan Ahmad buat macam tu pada saya, apa la perasaan saya dikala itu?
 

p/s : Untuk yang bertanya, saya masih lagi batuk-batuk macam opah-opah setakat hari ini. Bila nak tidur malam dan menjelang pagi, irama batuk adalah seperti koleksi lagu-lagu kumpulan Metallica. heh. Ke klinik untuk follow up lagi minggu ini.. Doakan saya...