Thursday, November 04, 2010

Proton Inspira..

Proton Inspira yang akan dilaunch 10 November ni. Nampak cam menarik jugak kan.

Tapi bukan keperluan buat masa ni. Yang tersadai kat depan rumah pun rasa cam dah nak let go je. Karang tak pasal-pasal ada plak makhluk Allah yang lain buat 'rumahku syurgaku' dalam tu..eee

PEKERJA PROTON melakukan pemasangan kereta PROTON Inspira di PROTON Shah Alam.
“Mitsubishi Lancer yang ada di pasaran ketika ini adalah model yang dipasarkan untuk segmen tertentu, khususnya golongan muda yang sukakan kenderaan yang tegar dan sporty.

“Bagi Inspira, selain mengekalkan ciri tegar serta sporty, ia turut dibangunkan bagi memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa tetapi kualiti pemanduan kelas terbaik.

“Dengan menerapkan teknologi Lotus dalam pemanduan dan pengendalian, model sedan baru PROTON ini dijangka mampu memikat dan menarik perhatian semua golongan termasuk mereka yang berkeluarga,” katanya pada taklimat media ketika lawatan ke kilang pemasangan Inspira di Shah Alam, semalam.
Harga Proton Inspira di pasaran bermula pada RM79, 888.00.

Toksah kan Proton Inspira, yang Persona ni pun ai takde can nak pegang waima stereng tau..bos tak approve lagi lesen 'gantung frame' ai..so, ai redha jela goyang2 kaki pegi sana sini..apa nak buatttt.. : P