Thursday, December 02, 2010

Gunakan Tanpa Was-was

Kat opis korang ada tak orang yang berpenyakit was-was ni? Ni kat ofis ni ada seorang tau. Lelaki. Adoi, was-was dia satu hal. Satu hal lagi dah boleh buat huru hara keadaan ofis ni. Mana taknya, bila time dia dalam toilet berjam-jam. Hairan jugak apa yang dibuat lama-lama dalam toilet tu. Ntah apa yang dia belek gentel ek. Nak gentel lebih-lebih kena sambung kat rumah la gamaknya.

Tambah menyayat hati bila waktu dia ambik wuduk time nak solat Zohor. Mak oi, memang lama. Kejap-kejap basuh muka balik. Kejap-kejap basuh muka balik. Rasa-rasanya kan ikut history memang terbaiklah dia punya lama. Caya tak kalau ambil wuduk je dah dekat setengah jam tau. Memang terhapus la semua kuman-kuman yang ada. Tak bagi chance dorang nak bermastautin.

Tapi paling sakit jiwa lara ni hah bila dia dalam toilet, perut ni hah meragam pulakkkkk...Time tu mulalah hati ni nak "memuji" je dia tu. Tadi dia buat lagiiiiiii. Sabar. Senyum. *buat muka beriman sebab nak menahan sakit perot..nanges* 

Ini lah bisikan syaitonirrajim kat hati kita. Was-was. Tak yakin. Tapi penyakit was-was ni bukan eksklusif untuk officemate saya yang dihormati lagi disegani yang tersebut di atas tu.

Saya pun kenkadang ada. Time dah keluar rumah seploh minit baru teringat was-was "suis iron dah tutup ke belom". "Pintu belakang pulak dah kunci ke tidak". "Tadi ada masak nasi Ahmad, dah tutup api ke tak?". Ish...memang rasa macam nak pang je. Time-time dah jauh dah keluar rumah mulalah syaitonirrajim ni buat kerja membisik-bisik bagai.

Kadang-kadang berdoa sangat minta dijauhkan dari penyakit was-was ni. Tak senang hati dibuatnya.

Siapa ada pengalaman best pasal penyakit was-was?

nota kukukaki : Ni nak tanya, yang bedak sabun ubat gigi Zaitun "gunakan tanpa was-was" tu dah takde ek..


Siapa nak masuk Fear Factor?Dare to try?



Best ni.

Mulai esok sampai hari Ahad, ada "Karnival 1001 Rasa Sate Kajang" kat Stadium Kajang. Siapa yang berminat mai la datang kat Karnival 1001 Rasa Sate Kajang kat Stadium Kajang ni. Dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Dan yang berminat nak berlatih untuk Fear Factor Asia musim yang terbaru, *yang taktau lagi bila zaman*, pun boleh datang. Sebab kat sini nanti ada sate ulat dengan sate belalang. Sape pernah makan? huhu..

Sate arnab pun tak sanggup nak makan sebab kesian terbayang-bayang muka arnab-arnab tu. Muka masing-masing chumel-chumel tapi tetap kena ngap.

*Tetiba, teringat pulak muka kucing dalam Shrek tu. Comei sangat ok walaupon jahat. ala ala kuti kuti kuti..

Aktiviti kat Karnival 1001 Rasa Sate Kajang ni berderet-deret. Larat ke tak je kalau nak gila kuasa nak masuk semua aktiviti tu. Macam-macam ada. Nak tengok, klik NI.

Kalaula dekat, sure la berusaha pergi sebab Husben suka makan satay.

Tapi rasanya tak dapek la kan, sebab banyak undangan majlis kahwin hujung minggu ni.