Friday, March 11, 2011

TGIF

Hehehe..termalu sendiri pulak tengok blog sendiri pagi ni.

Latest entry "Selamat Hari Selasa" yang diupdate pada hari Selasa.

Pagi ni dengan semangat berkobar-kobar nak update entry baru, baru tersedar hari ni dah hari Jumaat!. Nampak sangat saya terkena sindrom Update-Entri-Sehari-Untuk-Seminggu.

Selamat hari Jumaat semua...!! Mendoakan Jumaat anda semua hari ini lebih baik dari semalam.


Tuesday, March 08, 2011

Selamat Hari Selasa

Hai semuaaaaa..!! *dengan nada riang gembira* hihihi..dah lama tinggalkan blog ni kesepian. Itu la, orang lain nak buka blog, dia pun nak buka juga. Orang lain rajin update, dia?? Kuang kuang..

Terasa lambat pula bulan Feb dengan Mac ni. Selow kan? Kalau la boleh fast forward sikit, kan bagus. Tak sabar nak tunggu minggu depan, nak bercuti.

15 Mac minggu depan, anniversary ke 2. Baru 2 tahun tapi macam-macam ada! Adik-adik yang belum kahwin, fikir-fikirkan semasak-masaknya ye..jangan half done atau raw..hehe

Maklumlah, walaupun dah 2 tahun kahwin, nak jugak berangan macam zaman-zaman bercinta, walaupun ada makhluk kecil terselit kat tengah-tengah.

Tapi masih tak de idea la..apa ek aktiviti yang seswai??

Selamat hari Selasa dan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita-wanita. Percayalah, anda sememangnya dilahirkan istimewa walaupun berbau bawang, minyak dan muntah anak..24 jam..!!

:  )