Tuesday, March 08, 2011

Selamat Hari Selasa

Hai semuaaaaa..!! *dengan nada riang gembira* hihihi..dah lama tinggalkan blog ni kesepian. Itu la, orang lain nak buka blog, dia pun nak buka juga. Orang lain rajin update, dia?? Kuang kuang..

Terasa lambat pula bulan Feb dengan Mac ni. Selow kan? Kalau la boleh fast forward sikit, kan bagus. Tak sabar nak tunggu minggu depan, nak bercuti.

15 Mac minggu depan, anniversary ke 2. Baru 2 tahun tapi macam-macam ada! Adik-adik yang belum kahwin, fikir-fikirkan semasak-masaknya ye..jangan half done atau raw..hehe

Maklumlah, walaupun dah 2 tahun kahwin, nak jugak berangan macam zaman-zaman bercinta, walaupun ada makhluk kecil terselit kat tengah-tengah.

Tapi masih tak de idea la..apa ek aktiviti yang seswai??

Selamat hari Selasa dan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita-wanita. Percayalah, anda sememangnya dilahirkan istimewa walaupun berbau bawang, minyak dan muntah anak..24 jam..!!

:  )

Thursday, March 03, 2011

Waheeda Berpurdah

Saje je wat entri ni sebab banyak juga keyword ni "Waheeda Berpurdah" atau "Purdah Rozita Sendayu Tinggi". Dulu ada entri pasal kenapa Rozita Ibrahim Berpurdah dan betapa stailo purdah Rozita Ibrahim.

Rasanya dah ramai yang tahu Waheeda dah berpurdah sekarang ni. Tapi tak pasti selepas program Cafe Akhil Hayy musim 2 dibuat ke atau dalam program tu Waheeda tak pakai purdah.

Tadi baru sat selak2 majalah lama Harmoni Keluarga Oktober 2010, cover depan Norman Hakim dengan tunang tersayang, Memey Suhaiza, *tangan di dada mata ke atas* baru perasan ada artikel pasal Waheeda dgn Akhil Hayy...camne buleh tak perasan nie?.

Lama tuuuu..nampak sangat menghabehkan duit di jalan yang tidak benar..cis cis..







Purdah Waheeda pun lawa jugak. Pastu, macam ada hood lagi..

Camne pun, harap dorang ni berbahagia, Akhil Hayy dengan bekas isteri Maizawati pun masing-masing dah ada kehidupan sendiri.