Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Wednesday, May 04, 2011

Cabaran Masak Asam Pedas..

Dialog malam semalam :

"Abang nak makan apa malam ni? Nak masak ke takyah" --- ayat pancing nak makan luar..keh keh..

"Eh, abang rasa sepanjang 4 tahun kita kawen ni mama tak pernah masak asam pedas kan?"

Mula-mula dengar ayat tu, macam blur je. Tapi pastu...eh, eh, 4 tahun? Kahwin pun baru 2 tahun..adoiii..sentap mak. Adik-adik non yang nak kahwin dengan orang Melaka, silalah menuntut ilmu masak asam pedas ni..punyala banyak resepi dalam dunia yang fana ni, asam pedas jugakkk la yang dia mintak...grrrr...

Nampak sangat menipunyaaaa tak pernah masak asam pedas --- macam Usop Wilcha. Eleh, kacang je... 

Dulu masa awal-awal mengandung, menganggur pulak tu, memang rajin masak asam pedas. Tapi lama-lama macam tak suka nak masak asam pedas sebab rasa macam semacam pulak asam pedas aku nih.

Taktau la nape, mesti ada rasa pahit sikit. Ntah apa yang hangitnya ntah. Dah ikut dah resepi, siap timbang betul-betul lagi...Mesti ada orang sabotaj ni..*ayat takleh terima kenyataan*..huhu

Abis tu, dah katanya ada darah keturunan Tun Teja kan..Mana boleh dicabar kann..maka semalam jadilah....





Asam pedas ikan sardin cap *tuuut*..Jangan menilai dari segi rupa ek..hehe..Sebelah tu sayur sawi masak lemak, impot dari umah mak mentua..eh, kata menantu kesayangan kan..haha..

Sedap pulak rasanya asam pedas kali ni. Biasa sardin tin ni buat masak lemak cili padi atau kari. Yang ni sedap may be sebab saya letak belacan - lada hitam - lengkuas..

Persoalannya, adakah asam pedas ini sedap disebabkan ianya sardin dalam tin ATAU ianya adalah disebabkan bakat memasak terpendam?hahahampeh..

Yang penting...yes, yes...aku terer masak asam pedas...haha..


*sila jangan muntah baca entri syok sendiri ni ye..*




Thursday, April 28, 2011

Kashaf Imani..


Semalam saya masak...hehhhh..cemerlang tak? Sila berikan tepukan semangat ye..hihi.. Rasa macam dah lama tak masak dengan penuh kasih sayang dan makan kat rumah. Sila salahkan Incik suami saya ye. Beliau telah menyebabkan saya tidak masak di rumah 5 hari berturut-turut sebab ajak kami (read : Ahmad dan mama Ahmad yang cute) makan kat luar.


Ehhh..kejap kejap. Mungkin sekali sekala boleh menyalahkan diri sendiri pemalas jugak sebab takde pulak niat nak menghalang cadangan dari Incik Suami tersebut. ngeee...


Sedap tau saya masak semalam *uwekkk..takleh blah ayat riak ni ..haha*. Ikan talapia merah masak lemak cili api dengan sayur bayam tumis pastu seekor ikan talapia lagi buat ala-ala bakar. Apa kes ntah masak lelemak pulak malam-malam. Patutnya buat salad je, kata nak feeling-feeling pinggang macam Erra Fazira.


Oleh kerana masakan sepertimana dinyatakan di atas adalah ibarat masakan di waktu tengahari dan sangat heavy, jadi saya tidak boleh, iye, tidak boleh sama sekali tidur terus. Kena buat sesuatu yang boleh menghilangkan lemak dan kolestrol yang tinggi dalam masakan serta lelemak yang sejak azali telah menjadi penduduk tetap dalam badan.


Ermm, contoh aktiviti? Melipat baju? ..ermm ...melipat baju sambil menonton tv? Melipat baju yang banyak macam Gunung Stong sambil menonton Astro Ria yang menayangkan Kashaf Imani yang diulang tayang? *haa...legaaaa, baru nampak macam banyakkk aktiviti..hehe*



Dah pernah tayang dah rupanya sebelum ni masa Maulidur Rasul haritu. Ces, baru nak perasan diri sendiri up to date..hua hua..


Sinopsis dia :

Drama ni mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf lakonan Beto Kushairy seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah (Normah Damanhuri) yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim (Wan Sharmila) seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma. Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani lakonan Sharifah Amani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.


Ada satu adegan tu Kashaf teringat masa dia sembang dengan kawan dia, Amat sebelum Amat jadi arwah. Mati kena bunuh. Masa tu Amat ajak Kashaf hantar 'barang' tapi Kashaf kata taknak sebab berdosa.


Amat sindirla Kashaf sebab Kashaf punya perangai minum arak, main bohsia tu macam la tak berdosa. Lagipun Amat kata buat apa nak takut, dorang berdua kan muda lagi. Kashaf takut. Dia kata kut-kut la mati awal dalam dosa, apalah jadi dalam kubur ye. Amat terus kata "Aku dengan kau berenang-renang dalam neraka la.."


Sebab kami tak pernah tengok, jadi agak meloponglah juga. Tak pasti melopong sebab nampak hantu ke atau melopong dengar ayat-ayat dasyat yang keluar. Heh..yang pasti, banyak gila skrip yang kena potong sebab dasyat sangat la tu...Siap kata dengan cik abang, rasa takut pulak tengok drama ni. Bukan sebab ada hantu, sebab macam Kashaf sekeluarga ni dah macam hantu kehidupan dorang..isk isk isk.. 


Apa pun, suka drama ni sebab  ada Beto Kushairy dan terasa sedap pulak nama Kashaf Imani tu, boleh letak nama anak next edition..hua hua hua..



sinopsis cilok dari : www.budiey.com