Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Friday, May 06, 2011

Bila Kena Potong...

Hujung minggu lepas adalah hari tanpa siaran tv kami sekeluarga. Dah la Isnin tu cuti lagi. Yang menambah ketensenan adalah Incik husben kena pergi sekolah pulak hari Sabtu.

Mujur la jugak akhirnya hujung minggu jadi hari DVD sedunia. Maklumla, suami saya yang tersayang huk huk huk...terlupa nak bayar bil Astro. Mekasih la bang, kalau tidak susah kita nak tengok movie kan..?

Akibatnya:

1. dvd telah berjaya dibeli oleh Incik Suami secara berleluasa. Rasanya dekat-dekat 10 filem kut. Kebanyakannya adalah kartun. ehe. Aii..orang ada anak kecik, agaknya memang kena wan tu jus dengan anak nak tengok channel apa...ermm.

2. siang malam pagi petang, dvd je. Rumah kami sentiasa buka tv. Kalau tak, orang sebelah rumah boleh dengar apa yang kita cakap. Gamaknya batuk ke kentut pun boleh dengar jugak. Jadi, bagi tujuan mengelirukan jiran untuk mendengar suara-suara sumbang kami atau leteran-leteran manja, maka tv adalah wajib dibuka. Kadang tak tengok pun, saje nak memeriahkan suasana di aidilfitri orang kata.

3. peminat movie yang cute ni adalah sangat happy! hihi...


Filem yang kitorang tengok adalah......


Unstoppable Poster

Mak oi..cite ni gila best walaupun simple je. Cite keretapi je pun. Memula pandang rendah jugak la kat cerita ni. Bajet macam Thomas & friends je. Rupanya fitnah semata.

Tapi keretapi ni yang tak boleh berhenti la. Takde la secute Thomas & friends tu. Memang best. Baru la tau term-term orang kerja bidang keretapi ni. Contohnya, driver dia di panggil "Engineer", pembantu dia dipanggil "Conductor" dan kontena keretapi dipanggil "Car". Kami laki bini tengok 3 kali sampai lambat pergi kenduri kahwin..terlepas nasi minyak perantin baru..heh


Rio Poster

Kartun sudah semestinya. Best jugak Rio ni. Kelakar. Maklumla kartun. Tapi bahaya, burung pun pandai cemelot...ish ish ish..kena tutup mata Ahmad...yang ni rasanya setakat ni dah tengok hampir patploh kalila..tapi tak jemu pulak..tetiba je "bang, apsal ada scene ni?tak tengok pun tadi.." ...Terpaksaaa ulang tengok balik..heh..

Kartun adalah sangat banyak ye tuan puan. Tapi yang ulangnya ni je. Yang lagi 2 agak kurang menarik. Tajuk pun lupa..tengok sekali je...


Virus X Poster

Eh, tertido pulak...heh..cerita ni pasal  eksperimen virus baru. Rasa macam kesian nak tengok penderitaan saintis yang terpaksa jalani eksperimen tu. Cerita dia mengenai saintis yang dikurung dalam bilik ber CCTV dan diuji dengan virus ciptaan baru...walaupun dorang ni berlakon je, tapi sifat humanity saya sangat tinggi...jadi saya tengok skettt je...ish ish ish..


The Lost Tribe Poster

Yang ni tengok 2 kali. Sebab tensen gila muka "lost tribe" nya tak keluar-keluar. Nak jugak feeling-feeling takut..pastu terpeluk suami..hahaha..gilos..

Cerita ni pasal ada 2 couple dan seorang mamat yang tersadai kat satu pulau misteri lepas bot dorang tenggelam.

Rupanya ada the "Lost Tribe" kat pulau tu. Rupa dia macam raksasa. Ganas pulak tu tapi dalam hati ada taman jugak, sebab binatang ni tak bunuh heroin. Heroin tu la satu-satunya yang selamat dan berjaya keluar dari pulau tu. Tapi biasala, cerita macam ni pelakon dia tu je pun..



Horsemen Poster

Tengok sikit-sikit je cerita ni. Mula-mula je pun dah rasa macam tak berapa menarik. Memang bukan citarasa saya la ni. Tapi filem ni ada kaitan dengan agama Kristian.




Yang ni pun rasanya ulang tengok 3 kali kut. Honestly, takde la best mana pun. Tapi ceritanya santai dan simple je. Sesuai le kalau nak tengok petang-petang sambil makan cekodok pisang. Lakonan Remy Ishak dengan Maya Karin.

Cerita pasal Luna Latisha (Maya Karin) pengacara rancangan gosip larikan diri ke kampung  Kuntum (Faezah Elai) kat Kedah sebab buayafren dia, Ryan Hidayat (Jehan Miskin) main kayu tiga. Maka terjumpa dengan Atan (Remy) dan berputiklah bunga-bunga chenta...

Terer jugak si Remy Ishak ni cakap loghat utara. Tapi tergelak la juga tengok filem ni sebab banyak part-part scene sengal yang sangat obvious. hehehe.. 


Open Season Poster


Open Season dah pernah tengok kat Astro..jadi dah tau la apa sinopsis nya..



Eh, cerita ni tak tengok lagiii..hehe..sambung hujung minggu ni pulakkk...


Banyak kan? banyak kan? Hahaha..memang jadik satu kerja pulak mengadap DVD ni..baca buku ke lagi baik..pangggg..bagi kesedaran sivik sikit..hua hua hua...

Harusnya la hujung minggu ni dihabiskan dengan keluarga dan boleh buat macam-macam aktiviti..contoh?? ermmm...pergi kenduri kawen orang lain dan mengimbau kenangan kita dulu serta perasan macam pengantin baru..hihi

Selamat hujung minggu semua..semoga anda semua sihat sejahtera....


Monday, July 26, 2010

Tiz Zaqyah yang cun..





Alahai, cunnya la si Tiz Zaqyah ni kalau pakai tudung..memang orang kalau pakai tudung sangat sweet gitu..tambah lagi sekrang ni macam-macam jenis tudung dah dijual. Beli je pilih je mana-mana style tudung yang kita suka.

Sejak Tiz berlakon drama Nur Kasih, memang meletop2 namanya..tambah2 pulak orang suka watak Nur Amina dalam drama tu..sangat innocent..lembut je..ahaks...

Tapi dah namanya pelakon kan, apa yang dilakonkan tu bukan nya kehidupan sebenarnya. Kita pun kena faham2 yela..Tiz pun kata dia akan berubah satu hari nanti..Kalau sebenar dia macam tu kan bagus. Mesti makcik-makcik berebut nak buat menantu..hihi..

Tak sabar nak tengok sambungan Nur Kasih dalam filem yang akan keluar awal tahun depan. Apa yang jadi pada Adam (owhhh acik suke..), Nur Amina dan Aidil (suka sangat lakonan Fizz Fairuz.. : ) ) dan apa kesudahannya..? jeng jeng jeng......


sumber : harian metro  



Monday, June 07, 2010

Jom Tengok TV!!

Masa tengah wat entri ni, sebenarnya tgh mengadap tv tengok drama bersiri K.I.T.A kat Astro Ria..nak juga menulis sebab dah kena demam virus 'blog'..hehehe..lagipun si kecik tu dah lama 'berlabuh' lepas merengek-rengek..
EBM hari ni 4 kali pumping session cuma dapat 12 oz jer...Alhamdulillah syukur daripada takde langsung..syukur pada Allah..kejap lagi nak buat operasi lagi..harap-harap cukupla untuk esok..
okeyla citer K.I.T.A ni kisah remaja-remaja perempuan yang bersahabat baik..drama sponsored by Carefree ni menarik jugak sebab ada Scha Al-Yahya...hehe..suke tengok lakonan dia ni..ada sket selamba dan tomboy2 la..boyish sket..tapi tak minat sangat pon.. sebab dah takde choice terpaksa la meremajakan diri yang tak berapa nak remaja lagi dah ni..alahaiii..
tak larat dah nak menengok citer nie...alih kat saluran Astro Oasis..ada drama "Aku Terima Nikahnya"..citer ni plak ada Rozita Che Wan yang sangat cun..lawo dia ni..kalo tak pakai bulu mata palsu berlapis-lapis cam kuih lapis ..--sedap gak nie--pun dah lawo. Cuma mungkin Kak Ita ni lebih konfiden kalo pakai bulu mata palsu berlapis2. Kat dalam Media Hiburan pun ada citer pasal Kak Ita kite ni nak bukak kilang bulu mata palsu..kelasss...tkyah nak dapat husband Datuk dah..tapi malangnya Kak Ita baru je kontroversi sebab pakai seksaaa...fuhh..
Kenapa ye artis-artis Malaysia tak boleh dijadikan idola??Setuju sangat dengan kenyataan Wardina Safiyyah yang tak ada seorang pun artis kat Malaysia ni yang boleh dijadikan idola i.e contoh untuk kehidupan kita..Tambah menyedihkan corak kehidupan artis-artis ni yang terlebih sosial..Tapi kebanyakan daripada kita kagum dengan kehidupan artis-artis ni yang nampak mewah walaupun takyah nak susah-susah -- pegi balik opis naik tangga turun tangga tinggal anak kat rumah ---. Baca kisah-kisah artis ni tak salah rasanya janganlah sampai merosakkan iman kita...
Soalnya tepuk dada tanyala iman -- dah ckup bersedia ke kita??
Akhirnya singgah ke TV3, tengok Police Story lakonan Jackie Chan..
~~ selesema makin kritikal..harus ke amik MC esok..hehehe~~