Showing posts with label Bukit Merah Laketown Resort. Show all posts
Showing posts with label Bukit Merah Laketown Resort. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Bukit Merah Laketown Resort

Ini entry pekasam. Cerita masa balik Perak 2 minggu lepas. Sempat lagi kami ke Bukit Merah Laketown Resort ni. Tapi tak la bermalam kat resort nya. Cuma masuk kat Waterpark nya je. Saje bawak Ahmad jalan-jalan mandi-manda sebab  mak bapak Ahmad suka main air..


Best jugak Bukit Merah Laketown ni. Bukit Merah secara geografi nya kat area, Taiping Perak. *rasanya la*. Tambah lagi pergi time bukan cuti sekolah. Tak ramai pun. Kitorang bawak mak dengan abang saya sekali.


Perjalanan kitorang dari Kuala Kangsar ke Bukit Merah tak sampai 45 minit kalau ikut highway PLUS. Exit di Bukit Merah. Bukit Merah Laketown Resort ni dibangunkan oleh syarikat mega MK Land Berhad.


Rasa macam murah la jugak entrance fee ke Waterpark. RM27.00 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun percuma dan warga emas RM10.00 je. Pastu untuk orang-orang sekitar situ dapat diskaun lagi.


Kira ok la dengan harga macam tu. Kalau Sunway Lagoon berapa hengget dah sekarang ni. Masa pergi A'Famosa Resort haritu pun, dia punya waterpark je dah empat puluh hengget. Belum masuk Animal Safari dengan Cowboy Town lagi. Kalau anak ada sepuloh, sila kira sendiri berapa.


Bukit Merah Laketown Resort ni ada lagi beberapa tempat menarik selain Taman Tema Air (Waterpark). Ada Eco Park *kalau tak silap* yang macam safari/taman haiwan dengan Pulau Orang Utan - of course la reramai jemaah orang utan kat situ. Ada jugak chair lift -- macam kerusi bergerak ala-ala kabel car tu. Pakej nya semua sekali lebih kurang RM45.00 rasanya..


Tempat dia cantik jugak. Ada apartment, banglo dan hotel biasa dalam resort ni. Ada terbaca banner ada apartment  satu malam cuma RM66.00 je tau! Boleh bawak satu rombongan cik kiah datang...


Sudi-sudikanlah menengok gambar alam semulajadi kat sini dan gambar budak kecik yang baru dapat kaki sebok nak buat spot check sana sini. Pastu beliau dengan selamba buat barang-barang kat kedai-kedai tu sendiri punya macam mak dia ada share je..heh..


Gambar pun ada secoit je. Almaklumlah, nama je masuk waterpark, tapi gambar waterpark satu pun tarak. Nampak sangat ada orang yang terlebih excited dari anak..hehe...





 


  


 
















Payah benau nak edit gambar-gambar ni. last-last kecik besar dah jadiknya..ermm.....sesiapa yang berminat nak bercuti kat sini bolehla cari maklumat kat laman web : http://www.bukitmerahresort.com.my/...