Thursday, October 09, 2014

Amukan kembali!!




Assalamulaikum semua...punya liat nak update blog. Morning sickness ni ada lagi...aduhh.. Kadang takde angin ribut muntah la plak. Kadang pening sampai tak boleh nak bangun. Harini ok alhamdulillah perut pun rasa okay aje.


Nak cerita pasal dak tecik moody ni. Sekarang dah datang balik musim amukan dia. Sebabnya satu aje, sebab kami dah decide nak ceraikan susu badan. Lagipun Iecha dah 2 tahun 7 bulan dah bulan ni. Rasa macam dah sesuai sangat dah nak berhentikan. Den pun dah rasa tak larattt dah bila dah masuk 6 bulan ni..gamaknya faktor usia kot?? (usia gak yang salah..)


Bayangkan sehari tak sah kalau tak ngamuk. Ngamuk guling-guling tak boleh dipujuk. Menjerit-jerit cam kena cubit..huhu...Last2 nanti mak pak serender bagi jugak. Abih tu gagal la misi nak wean off dia. Tapi sejak menjak ni memang dah praktikkan beberapa benda supaya dia lupa nak nyusu.


1.Psikologi

Selalunya guna psikologi baik2 bagitau dia "Iecha dah besar, nak jadi Kak Ngah. Tengok Abang, tak minum susu mama. Abang minum susu botol. Susu botol boleh minum banyak2.Susu mama untuk Adik Baby.."

Selalunya dia kata "Okay"...tapi tetiba mintak pulak.. Tak kuat iman lagi..huhu

Selalu jugak dapat dengar jawapan "Mana ada Cha besar...kaki Cha  kecik aje ni..." ---sambil tunjuk kaki dia..huhu

2. Babah take over

Ni yang paling penting sekali..Tak larat la nak layan time dia ngamuk tu..So sebelum dia start engine ngamuk dia tu baikla ambik langkah2 keselamatan dulu.

Selalu time nak tido babah cerita macam-macam la bagi dia leka sikit dan cepat ngantuk. Mana taknya cerita rekaan semata-mata oleh babah kadang melalut sampai penat dia nak dengar..hihi

Tiba2 nanti dia tanya "Nape Arnab tu tak cakap dengan Kura-kura? Kan semalam Babah kata Arnab cakap dengan Kura2?"..hihi --- cerita tak sama.

3. Buat aktiviti lain

Setakat ni kena dapatkan pertolongan Abam Long jugak untuk masuk dalam ini filem..huhu..Kena la mintak tolong Abam main dengan dia kat bilik lain. So dia terlupala rutin sebelum tido dia tu.

Pastu petang kadang babah bawak pergi main kat padang atau main basikal. Bagi dia penat bila malam dapat terus tido lena.

4. Standby susu siap-siap

Kalau baru nak start tunjuk tanda2 nak ngamuk tu, terus offer dia susu dalam botol. Kalau dia nak, bagusla sebab lepas tu dia akan tido lena. Kalau tak, memang kena tabahkan hati aje.


Hah...yang tu apa yang kami praktikkan sekarang ni.. Setakat ni kadang ada masa gagal jugak. Kadang okay aje, sehari tak mintak susu mama pun. Meragam mengamuk kadang-kadang sampai sejam. Pastu dia punya time ngamuk mesti dalam pukul 12 tgh malam ke atas. Selalunya pukul 3 pagi ke atas. Aduhai..Bertabahla kitorang ni menghadap dia yang tengah ngamuk tak boleh nak dipujuk tu. Dah kalau kita bercakap nak pujuk pun di marahnya...huhu


Tapi En Husband pun dah bagitau kali ni kena nekad, tambah lagi kalau time dah kena admit ke nanti, sama jugak. So masing-masing kena tabahkan hati dan kuatkan diri. Tak boleh la nak marah2 dia balik. Kena la faham dia dalam tempoh  peralihan...memang la ngamuk2.


Maka, time pagi mata masing-masing macam mata panda!! Ngantuk!!...Huhu..


So sesape yang tengah cuba nak wean off  anak boleh jugak cuba tips dari Puan Suraya camner nak bercerai susu - Tips Berpisah Susu by Mommy Luna


16 comments:

Fiza Rahman said...

Nak dapat adik. Memang mcm tu...hehehe...

Tapi si qhalif x dpt adik. Perangai mcm ni jugak. Tengah dalam fasa tantrum. Stress mak hencik. Pakai baju nak pilih sendiri. Kekadang mengamuk tak nak pakai baju. Nak tak nak aku angkut jer gi nursery dengan berpampers jer.

Nak wean off...hurmmmm...payah sgt. Aku letak nescafe. Memang jalan. Tapi aku yg tak sampai hati plak. Acaner tu ☺

amirah said...

tu la pasal...acaner ek..nak letak benda mcm tak jalan aje..aritu konon dgr boleh bawak pegi berubat..tp kesiannn lak...dulu time ahmad takde la susah sgt cenggini dah mcm kena sampuk dah...ntah2 qhaliff nak dpt adik jugak dak? jeng jeng jeng..hehehe

AtieYusof said...

Hehehe.. kesian jugak kan..tapi kenalah latih siap2..kang dah ada baby senang.. tapi kawan sy kat opis Mira smpai dah ada adik dia masih nyusu ( adiknya dah 7 atau bulan gitu)... kena sabar dan tabah lah kan.. slow-slow.. hehe

amirah said...

tu la atie...cadangan asal mmng nk tandem kan..tp mcm lmbt lg la jugak adik dia nak kuar..tgk keadaan camner kalo lepas adik dia keluar baru smbung ke..tp masa peknen ni mmng susu dah kering sgt dah..rasanya dia rindu2 aje tu sbb dia dah okay dh kalo minum susu pun...

AtieYusof said...

Salam Jumaat :)

Sharinginfoz said...

nak ambil perhatian le tu ya

Cik Aann said...

siannye ..kalau anak nak wean off mmg kesian kan..tp nak wat cmn ..kena jugak..

Hypoglycemia: Rawat dengan Energizing Soy Protein

AtieYusof said...

Salam singgah Amirah.. pekabar? :)

LYAfrina said...

alahai..sian dia..
maybe jugak punca amukan tu instinct nk dpt adik..org biasa kata..klo nk dpt adik tu mmg peel sikit.. n satu lg nk cerai susu badan tu mmg ambik masa jugak nk tenangkan..

eima said...

kesian kan ... inshaaAllah anak ngan ibu kuat nk cerai susu ....

Kakzakie Purvit said...

Kena cekal hati ni Amie nak cerikan susu. Sebab dah terbiasa kan. Kita pun sebenarnya sayu hati tapi dah sampai masa memang.

Lagi pula anak dara ni nak dpt adik org tua-tua kata budak nak dpt adik kerenah dia lebih sikit..

lizz said...

ololo sian kat dia...memang gitu bila nak dapat adik...kena banyak2 sabar...

AtieYusof said...

Singgah petang2 lawat mak buyung..:)

faraherda.razalan said...

Sbnrnya nak dpt adik baru tu awak! Huhuhuhu! Dah 6 bln ke? Alahai! how time flies.

adianiez AIDA said...

alahai sian...
sedih ati nak pisah kan dia kan...

Qaseh Vee said...

saya x de pengalaman lagi . rasanya ada ayat quran utk pisah susu ni ... cuba google .