Tuesday, October 19, 2010

Pengisytiharan Melaka Maju 2010 (201010 pada 2010) dan Aktiviti Sambutan

Detik bersejarah buat rakyat Melaka sempena pengisytiharan negeri Melaka sebagai negeri maju  2010 pada hari esok 20.10.10 pada jam 20.10 malam. Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam esok secara 'maya' iaitu melalui video conferencing dari PWTC, Kuala Lumpur.

Melaka diiktiraf sebagai negeri maju oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pertumbuhan Ekonomi (OECD), iaitu satu pertubuhan yang dianggotai 33 negara maju setelah melepasi 32 kriteria yang ditetapkan. OECD adalah pertubuhan negara-negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi. Malahan kadar kemiskinan di negeri Melaka turun sehingga 0.5% pada tahun ini berbanding 5.4% pada 2000.

Melaka Maju 2010 sebenarnya adalah wawasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam semenjak beliau memegang jawatan tersebut. Dan Datuk seri Mohd Ali telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka. Dan nampaknya dah tercapai dah wawasan 10 tahun Datuk Seri Mohd Ali.

Selepas Melaka Maju 2010, negeri Melaka mensasarkan taraf negeri maju berteknologi hijau. Teknologi hijau bermaksud menggunakan tenaga alternatif termasuk solar. Mungkin lagi 10 tahun semua rumah pakai tenaga hijau/alternatif.  Sempena pengisytiharan "Melaka Maju 2010 - Negeri Bandar Teknologi Hijau", rakyat pun digalakkan hadir di majlis pengisytiharan dengan baju hijau. 

Banyak aktiviti sempena pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju, antaranya Karnival Melaka Maju 2010 di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka yang akan ada gerai jualan dan konsert malam esok. Paling menarik pengunjung boleh memenangi hadiah sebuah rumah, kereta dan macam-macam lagi hadiah menarik.

Sebelum ini, semalam dan kelmarin ada Larian Melaka Maju 2010 untuk 6 kawasan parlimen Melaka.

Semalam pun ada Kayuhan Melaka Maju 2010, konvoi berbasikal terpanjang dengan 2,270 orang. Dan banyak lagi aktiviti yang telah diadakan sempena Melaka Maju 2010.

Nanti kita cerita lagi apa pendapat saya mengenai Melaka Maju 2010...mungkin cuba ambik gambar aktiviti di Stadium Krubong nanti...




2 comments:

Sharinginfoz said...

apa yang penting negeri maju rakyat berbahagia

melaka said...

lmbat comment utk content nih.. melaka.... sgt cinta..
they can never compare melaka with other states..