Wednesday, October 06, 2010

Hantu yang mana satu agaknya ye...?

'Mana ada hantu" kata Khalid

2010/10/05
SHAH ALAM: "Mana ada hantu, saya pergi siang dan malam tak ada apapun, semua itu hanya untuk mensensasikan cerita aja," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya ada anggota polis yang menyiasat kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya diganggu makhluk halus. Ketika ditanya pemberita di Majlis Rumah Terbuka Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini, Khalid lantas menafikan laporan itu. Terdapat cakap-cakap kononnya ada anggota polis diganggu makhluk halus ketika bertugas di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Ladang itu dipercayai lokasi pembunuhan itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua siasatan berkaitan kes pembunuhan termasuk membabitkan hartawan dari India Allal Kanthan Muthuraja, 34, serta beberapa kes lain termasuk laporan Sabtu lepas mengenai kehilangan seorang lagi ahli perniagaan, masih dijalankan.

Katanya, perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. - BERNAMA

Agak-agaknyalah, kalaulah betul-betul hantu, yang manala satu hantu nya ye.

Manusia yang serupa "hantu" yang mencabut nyawa manusia tanpa perasaan  adalah kat ladang tu agaknya. Tapi, hantu tu dah kena tangkap..*eh, hantu ada perasaan ke?*

Sedihlah bila menulis berkenaan dengan kes bunuh Datuk Sosilawati. Bukan hanya simpati pada keluarga Datuk Sosilawati je, tapi seluruh keluarga pemandu, pegawai bank dan peguamnya. Perasaan anak-anak isteri yang sedih kehilangan orang yang tersayang secara tragis.

Moga yang bersalah mendapat balasan hukuman di dunia dan akhirat yang setimpal...


nota kukukaki : masa kecik-kecik paling takut terlanggar kaki hantu galah bila keluar time maghrib..hihi

No comments: