Friday, December 30, 2011

Tetanus Toxoid yang tak menyelesakan..

Semalam ada check up kat klinik ibu dan anak.
Saya ok-ok je. Adik baby pun ok. 
Berat badan terus naik dengan jayanya - 1.1 kg in 2 weeks.
Hah, amik kau. Aritu naik 200 gram je kan.


Pastu kena jab tetanus toxoid untuk elak kancing gigi semalam.
Pagi ni bangun terus sakit tangan.
Nak angkat sket pun susah.
Memang injection ni akan buat kita sakit/tak selesa untuk beberapa hari.
Ni yang tak boleh nak masak ni..eh, alasan plak...hehe


Hari Rabu check up di klinik swasta, estimated weight adik baby is 1.49 kg.
We saw adik baby on monitor, she is healthy and super active dan agak tembam..huhu
Tapi doktor tak boleh nak capture gambar terbaik 4D adik baby.
Jadi may be next visit boleh print scan 4D adik baby.


Tapi pagi ni sehingga la entri ini ditulis, saya tengah bergelut dengan sakit perut.
Suspected as "Braxton Hicks Contraction".
Sakit perut tak selesa macam contraction tapi sangat-sangat mild.
Rasa macam takdela makan apa sangat pun semalam.
Makan macam bese je.


Adik baby please sabar ye dik, not now please....

Wednesday, December 28, 2011

Mengantuk...

Pagi-pagi lagi dah mengantuk sangat dah hari ni.
Sebenarnya tidur awal je semalam.
Tapi sebab dak botak merengek-rengek dekat-dekat pukul 5 pagi, terus tak boleh lelap sampai pukul 5.30.

Tambah lagi sejak menjak ni mimpi datang balik.
Macam-macam mimpi.
Mimpi dapat pegang kaki adik baby.
Kaki dia macam dalam gambar kat bawah ni.
Tapi siap boleh pegang lagi jari-jari halus.
Macam tengah buat gimnnastik berirama dalam air.
Sweet.. : ) 



 
Sebab mengantuk, maka takdek keje la menengok benda-benda atas meja ni.


Gambar raya tahun ni.
Barula tau 'nikmat' ada anak lelaki yang sibuk nak mengukur besor mana studio gambar ni.
Tu kalau tak ditangkap tu mau sampai ke sudah takde gambar raya family.



Ada ke patut bebudak opis ni kata "Eh apsal muka akak putih sangat?"
Eleh, dengki la tu..muahaha...



Kalendar Januari dah siap-siap bukak dah.
Nak usha public holiday tahun depan.
Nak bajet cuti. Keji tak? hehe


Lengang je kalendar bulan Disember ni.
Gamaknya semua orang mood bercuti la ni.


Cuti ada tapi kena bagi chance kat orang lain pulak bercuti.
Sian jugakla kat orang lain kan..
Maka tak bercuti sampaila tahun depan..
Macam lama je lagi tahun depan tu kan...heh