Thursday, February 10, 2011

Jodoh...Hadir atau Perlu Di Cari?

Serius tajuk tu ye. Pasal jodoh. Kahwin. Nikah. Penyatuan dua jiwa. Please DOKTOR-DOKTOR CINTA semua, tolong saya dengan masalah kawan saya ni. Apa nak buat ye. Saya nak nasihat pun tak reti sangat bab-bab cinta *wink wink*.

Setahu saya cinta itu yang membuatkan kita rasa bahagia. Buat perkara yang gembirakan pasangan kita walaupun orang lain rasa nyampah...heh. Tapi ada juga masa-masa cinta menyebabkan kita sakit.

Kawan sepejabat saya ni, lawyer la, umur dah 29 tahun. Tahun depan dah masuk 30. Dah ada boipren. Bercinta sejak dari zaman sekolah pulak tu. ish ish ish..punyala lama. Kalaulah kahwin, anak dah sekolah masuk darjah 2 dah.

Tapi masalah dia ni, boipren dia ni takde menjurus ke arah nak kawen dengan dia. Kesian dia. Nangis meleleh2 air mata dia citer pasal boipren dia ni. Tapi dia nak kawin sangat2 sebab adik kembar dia perempuan dah kawin, dah ada anak sorang pun. Dahlah mak ayah dia asik tanya. Tiap-tiap hari tanya. Jadi, dia stress. Maunya tak stress.

Boipren dia ni memang stok-stok yang nak kena pelempang. Reti bercinta je, tapi tak reti nak ambik hati orang tua kawan ni. Lepas tu, ada ke patut dia kata dia tak pasti nak kawin ke tak dengan kawan ni. Alasan dia, kawan ni degil, susah nak ikut cakap dia. Tak pasti nak kawin ke tak memandangkan perangai kawan ni. Kata dia la.

Tapi yang herannya, budak perempuan ni sikit punya baik. Famili pun baik2. Anak ustaz ustazah. Sepanjang kat sini, tak pernah lagi nengok dia pakai seluar jeans. Ketat2 lagi le tak pernah. Baju kurung manjang. Lembut pun lembut je. Dari cara dia cerita pulak, boipren dia ni memang sangat JEALOUS. Teramat. Serius teramat. Takut dengarnya.

Nampak macam dia ni takut sangat dengan boipren dia. Nape ntah. Boipren dia ni macam dah setkan dalam kepala dia, selain dia, takde lelaki lain akan kawin dengan kawan ni. Tu yang takut sangat nak mintak clash tu. "Kak, aku takut takde orang nak kawin dengan aku ni kak..."

Dia betul2 nak kawin sebelum umur dia 30. Ya, tuan-tuan dokter sekalian, tolong bagi nasihat sket....

Wednesday, February 09, 2011

RM20..tunai!!! Sah? Sah?

Harini saya tertinggal beg duit saya kat rumah. Tidak disengajakan ye. Dan ianya bukanlah salah satu tips penjimatan. Jangan salah tafsiran..heh.

Boleh pulak tertinggal anak kesayangan selepas Ahmad Raif tu..isk isk..isk...

Maka, pagi tadi masa salam *mithalinyaaa..isteri sape la tuuuu*, sempat lah bagi hint2 duet takde nak makan lunch sambil buat muka dua kupang.

"Nanti isteri abang kurus tau. Kurus sangat tak cantek tau bang, nanti orang kata abang dera isteri..."

Maka, dengan hati ikhlas dan penuh redha, Incik Husben bagi nafkah zahir RM20 buat belanja sekolah.

Cewahh..masa dapat doploh hengget tu, siap senyum2 meleret2 gembira. Yes! yes! Banyaknyaaa..boleh ronggeng-ronggeng waktu lunch nanti ni.

Tapi menjelang petang ni, tetiba rasa, "eh, nape doploh hengget tu dah habis??" Tak sempat nak masuk tabung.. : P

Ok, tadi je baru buat kira-kira. Guna kalkulator ye. Jadi pengiraan adalah tepat berbanding sekiranya hanya menggunakan otak dan jari jemari yang runcing ni..

Pagi breakfast (roti bakar + kopi ais + bubur nasik ayam)  = RM8.50..hah?? what?? what?? Mahal gile kan kedai tu. Ada service tax lagi. Kelas kedai kau yer. Sengal tau waitress dia. Kesian, muda-muda dah agak kurang pendengaran. Order lain, sampainya lain. Tapi sebab saya baik, saya makan je..redha je : P

Lunch (nasik ayam + teh ais) = RM5.50. Teh ais yer. Memang mengada. Boleh je nak minum ais masak kat ofis. Tapi nak nak jugak beli air ada ais-ais.

Pastu boleh pulak menyinggah kat kedai jual cekodok. Terasa melambai-lambai pulak cekodok tu. Maka terkorban lah lagi. Cekodok pisang RM1, popia goreng RM2. Ni la namanya nafsu makan tahap tertinggi. Last2 tersadai dah popia tu. Kena bawak balik la nampaknya.

Eh, lupa plak beli suratkhabar RM1 pepagi tadi. Beli sokabau yang betul2 baru best feel.

Total semua = RM18 tunaiiiii..!!

Dasat kan selera makan?hehehe..eh, takkkk..takde...sumpah saya takde belaan apa-apa.  : P 

Tapi adakah ianya menunjukkan nilai matawang kita semakin mengecil disebabkan keadaan ekonomi dunia sehinggakan wang belanja sekolah saya lenyap sekelip mata? Ataupun purata pendapatan kita di Malaysia tak seimbang dengan perbelanjaan harian/bebanan kewangan? Sesungguhnya memang saya menyokong kalau dibuat penguatkuasaan gaji minimum. Kalau saya yang gaji saya pun terasa sikit, ini kan pulak kakak cleaner kat ofis ni. Sian dia.

Tapi paling obvious saya perlu DIET! Hua hua hua..