Thursday, January 06, 2011

...mungkin lebih ramai yang jadikan "tak tahan tengok" sebagai faktor kurangkan hukuman...

Hukuman apa? kat sini saya rujuk pada hukuman untuk perogol. "Tak tahan tengok" apa pulak? Tak tahan tengok perempuan yang berpakaian seksi sangat.

Semalam berjalan-jalan menghabiskan duit *macam* orang kaya kat Dataran Pahlawan, ternampak dua tiga orang wanita yang pakai baju tapi serupa macam tak pakai baju. Mak oi, kau gila ke apa pakai baju gitu?

Boleh masuk world record -- seluar terpendek di dunia, baju terjarang ala-ala transparent abad ini. Heran juga ye, yang kita pakai macam biasa pun sejuk jugak dalam shopping mall tu, mereka ni selamba je. Kulit tebal ke?

Yang pasti muka kena tebal nak pakai macam tu kan..

Acik yang perempuan ni pun tertoleh 2 -3 kali menengok, inikan pulak lelaki-lelaki sejati yang masih belum pupus, termasukla Mr Husben, yang setia pada yang satu -- owhh..ayat penyedap hati.

Ala, tu kan biasa bagi lelaki, kang kalau dia pandang lelaki tertoleh senyum2 sampai 4-5 kali, kita pulak yang naik risau kan. Eh, maksudnya akak pun perempuan sejati ke?..haha..tak senonoh ok.

Oh, sungguh saya tak jeles kalau anda nak berpakaian begitu, tapi setiap perkara ada adab dan aturannya, tak kira apa jua agama. Masing-masing ada pendirian, pegangan dan akal fikiran sendiri. Berfesyen biar kena pada tempatnya, audience nya, quorum nya.  

Jadi harap dapat gunakan akal fikiran anda yang waras ditempat yang betul -- maksudnya boleh kalau nak seksi gaban gitu, tapi kat dalam bilik untuk suami atau tempat yang takde kanak-kanak. Kalau kau nak pergi funeral pakai gitu, memang saje nak kena pang..

Dan gunakanlah akal anda dan tunjukkan belas kasihan anda sebab pakaian anda  mendorong jenayah dan penganiayaan pada wanita lain yang tak berpakaian seksi.

Jadi, rasanya faktor mitigasi dalam perbicaraan kes rogol, "pakaian seksi mendorong saya merogol" adalah faktor mitigasi yang menjadi semakin "biasa".

*harapan anda untuk tengok tayangan percuma tak tercapai ye, sebab "for my own eyes only"..LOL*

Tuesday, January 04, 2011

Tengkiu Anda Semua...

Inilah follower-follower saya setakat hari ni. Sori ye, sebab saya belum habis menuntut lagi, maka gambar-gambar profile anda semua di bawah adalah tidak mengikut urutan turutan yang hakiki dan di kopi pes sahaja..


Terima kasih pada semua followers yang sudi follow blog ni yang takde apa x factor pun...nak cerita pasal resepi, masaknya kadang-kadang jarang-jarang, nak cerita pasal parenting, kita pun tengah belajar tatih2, nak bagi tazkirah uhuk uhuk..nak cerita pasal kerja..alamak ai..boring la, lagipun byk PnC kan..nak jadi travelog, travel nya jarang sekali, nak tepek gambar banyak2, segan pulak sebab tak dapek nak kumpul duit nak pergi slimming centre lagi..lol

walaupun tak ramai, tapi saya hargai anda semua. Follower saya tak bertambah setiap hari beribu riban macam blogger lain, tapi rasanya macam tersengih jugak sorang2 sebab ada juga yang sudi ke blog ni. Tapi ada sesetengah yang tak tinggalkan link. Makanya, takleh nak link ke blog anda.

Blogging ni rupanya menarik giler..OMG (Oh..menarik giler!!). Macam-macam benda la kita tau.Kenal macam-macam blogger. Ada yang rajin apdet tiap jam, ada yang cantik cun hensem macho, ada kaum ibu-ibu, ibu yang menyusukan, ada budak-budak remajeee, ada yang buat duit extra dgn blogging, dan dapat banyak tips yang baik maupun yang merapu...lol

Kita follow satu blog sebab kita sukakan identiti blogger tu dan apa yang dia tulis walaupun kita tak kenal pun siapa dia ni, anak siapa, duk mana. Yang pasti, saya suka baca apa yang blogger lain tulis. Kadang-kadang tak sempat nak update entri sendiri sampai seminggu sebab BW dan komen di belog blogger lain. ok tipu. sebenarnya takde idea..heh

Toce semuaa...!!