Monday, August 16, 2010

Geng Surau di Astro Oasis 106

Sape dah tengok citer ni??!!

Kalau ada masa apa kata tengok program ni kat Astro Oasis Saluran 106 lepas je bukak puasa.

Siarannya setiap Selasa hingga Sabtu dari pukul 7.35 malam hingga pukul 8 malam. Setengah jam je. Ulangannya setiap 9.30 malam dan 4.30 pagi.

Sebenarnya tengok siri tv ni pun secara tak sengaja. Memang akan buka siaran 106 untuk zikir2 Indahnya Iman. Pastu hari Rabu haritu lepas je habis azan Maghrib, tertengokla siri tv ni.

Cerita siri tv ini berkaitan dengan 'Mayat'/Razif  lakonan Beto Khusyairi yang pernah dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak selama 3 tahun sebab Mayat ni memang glemer la kat kampung tu dengan kenakalannya, pernah pecah masuk rumah orang kampung, mencuri duit tabung surau, buli budak2 kecik pun ada. Bila lepas keluar dari pusat pemulihan akhlak, Mayat pun cubala nak bagi orang kampung percaya balik pada dia sebab dia dah insaf. Macam-macam aktiviti kat surau kampung dorang tu la yang Mayat join untuk bagi orang kampung percaya balik pada dia.

Siri tv ni menarik sebab ada unsur cinta tiga segi, kekeluargaan dan kekecohan masyarakat kampung tu, memang la kecoh. Kalau nak baca secara lanjut tentang jalan cerita boleh jenguk Malaysia Entertainment On Web (MEOW) oleh Ajami Hashim.

Banyakla aktiviti yang dibuat kat surau kampung dorang tu termasuk buat ceramah agama.Yang ni last episod, kelakar betul....dan buat kutipan derma untuk surau..yang ni next espisod nanti.

Yang pentingnya Geng Surau ni menunjukkan yang surau tu bukan hanya tempat untuk solat je. Surau pun boleh dijadikan pusat komuniti masyarakat dan tempat menimba ilmu.   

Lepas tengok kita ramai-ramai boleh pergi surau ye..!!   : )




Friday, August 13, 2010

Talian Khas Remaja Terlanjur dan Hukuman Mati

Kerajaan Melaka telah mengambil satu lagi langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dengan menyediakan talian khas bebas tol 06-2333333 untuk membantu golongan remaja yang terlanjur mengandung atau melahirkan anak luar nikah. Talian ini akan disambungkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum diuruskan oleh pihak berkuasa terbabit.

Ini adalah salah satu langkah alternatif  mengatasi masalah buang bayi yang berleluasa, dan membantu mereka yang terdesak untuk mencari tempat terbaik untuk meletak bayi mereka. Membuang bayi yang tidak berdosa di tempat-tempat yang tidak sepatutnya bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

Semalam juga Polis Di Raja Malaysia telah diarahkan untuk menjalankan siasatan ke atas kes buang bayi sebagai kes percubaan membunuh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang dboleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun atau kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Mungkin inilah langkah alternatif dan usaha untuk atasi masalah ini. Tak sanggup rasanya nak membaca kisah bayi dibuang sana sini, kena hurung lalat semut, dibiarkan dalam hujan. Hakikatnya saya tak pernah baca sebab macam-macam perasaan bercampur-campur.

Ini peringatan sesama kita. Saya ada anak kecil yang akan membesar jadi remaja kelak. Tolonglah ada  sekelumit rasa kasihan pada bayi-bayi anda ye. Macamana cara dibuang pun, Allah Maha Berkuasa akan tunjukkan juga. Fikirkanlah mungkin dia akan membesar jadi manusia soleh yang akan mendoakan ibunya walaupun dia tak pernah kenal ibu sendiri, kalau nyawanya diselamatkan.