Friday, June 07, 2013

Bila anak susah nak makan...



Minta maaf banyak-banyak sebab saya tak sempat nak membalas komen sahabat semua,
bukan saje tak sempat nak membalas komen,
nak lipat baju yang bertimbun2 kat rumah tu pun tak sempat juga...heee
nampaknya saya perlu hadir seminar pengurusan masa
atau ke seminar mengurus rumahtangga...
atau ke agensi pembantu rumahtangga??...ngeee..


Sekarang ni Adik Iecha sangat la susah nak makan bubur atau nasi.
Tapi lebih suka makan biskut atau benda-benda 'merapu' yang lain 
Adik Iecha masih menyusu badan sepenuhnya dan saya masih mengepam sepenuhnya
hampir 1 tahun 3 bulan 
Kalau disuap nasi atau bubur, akan sembur atau keluarkan semula.
Susah hati tengok nasi bersepah lebih banyak daripada yang masuk ke mulut.


Abam Ahmad masih ok, semua pun ok.
Takde komplen, kadang minta tambah "laji" (lagi).
Sudah pandai 'request' macam-macam ikut selera sendiri.
Dah pandai menyanyi "Mee maggi cepat dimasak sedap dimakan"...heheeee
(Errr, faktor mama selalu masak kah??)


Yang menghairankan kami, 'hasil' Adik Iecha banyakkk..
Kadang mencecah 2-3 kali sehari.
Bukankah itu menghairankan?
Dari manakah kesemua hasil itu datang kalau makan pun berapa butir nasi saje sehari?
Errrmmm.... 


Photo: nasik x nak mkn.kalau benda ni together gether.adoi aiii


Ahmad Raif Idlan dan Arissa Rifhana
RnR Tapah arah selatan
- 3 Jun 2013 -







Tuesday, May 28, 2013

Mr Mama..


diam lamaaaaa....tetiba muncul.....
diammmm lamaaa...tetiba muncul balik...
dah macam misteri nusantara dah



sebenornya taktau dah nak cerita apa.
nak letak muka sendiri - tak cun cam Heliza Helmi
nak letak muka anak je - asik dorang je enter frame - kes mak dengki ke anak...
nak letak gambar suami - karang ada orang makan hati berulam jantung ..



memandangkan sekarang ni dah start cuti sekolah, maka Encik Boss lah yang kena jadi Mr Mama untuk 2 minggu yang mencabar ni..
opah pulak pergi Umrah, jadi memang babah aje la harapan terakhir..
mama mana leh cuti lama, ni pun cuti dah nyawa-nyawa ikan..
nak bajet cuti raya lagi...(memikirkan masa depan..kiki)


Photo

Gambar masa anta opah kat KLIA.
tak paham  apsal beria ambil gambar sefamili padehal gambar dengan opah takde.



setakat 2 hari duduk dengan babah ni rasanya keadaan terkawal lagi.
setakat semalam babah punya report masih okey lagi la.
yang Abam okey lagi, senang je nak handle.
yang kecik ni hah, asikla jadi mandur kulu kilir.
maklumlah, orang baru nak test power kaki katanya.



Photo: benda ni jd recliner sbb budak ni nak tgk tv seat dpn


Pastu boleh tahan la ..asik nak bertekak dengan Abam.
bercakau, berebut mainan.
tak padan dengan badan kecik.
tak nak mengalah.


Photo: hi dah mkn mlm ke semua



Photo: saya itek kwek kwek kwek kwek kwek


Photo: their saturday morning..pengsan!!..sukatila asal bahagia anakkk...


Rasanya inilah aktiviti dorang paling banyak masa cuti sekolah ni...
Menyepahkan rumah  Bereksperimen dengan cara menyelerakkan mainan!!
Nak buat eksperimen apakah warna muka babah bila tengok sepahan itu..hehe
Masih ada belen 8 hari lagi sebelum sekolah buka...
Bertabahlah wahai hati suamiku..!! ngeee...