Hari ini terasa macam lambat nya waktu berjalan.
Mengharapkan masa berlari pecut hari ini.
Memandangkan kerja tiada yang perlu dibuat.
Dan bos dah bercuti 3 hari.
Hari Jumaat ini terasa amatlah lenguhnya badan.
Sakit sini, sakit sana.
Sungguh..tiada aktiviti yang luar biasa.
Semuanya biasa-biasa sahaja.
Rasa macam nak baring di surau je.
Tapi memandangkan saya tiada share di dalam firma, maka niat dibatalkan sahaja.
Semalam scan adik baby.
Alhamdulillah dan insyaAllah it is a healthy baby.
Scan 4D tak buat pun sebab doktor kata tunggu next visit baru jelas.
Doktor dah inform the gender.
Tapi kami tak risau pasal itu sangat.
Mendoakan semoga ia bayi yang sihat.
Dan melalui kelahiran yang mudah dan selamat.
Dan adik baby dah pun weighed 703 gram @ 24 weeks.
Risau mamanya ni takut adik baby terkena tempias diabetic.
Kat luar hujan lebat sangat.
Tiba-tiba saya terasa amatlah jeles.
Apalah yang babah dan anak nya buat di rumah sekarang ni ye.
Waaa...jelesnya...
Nak jadi cikgu sekolah juga..!!
Friday, November 25, 2011
Thursday, November 24, 2011
Tutti Frutti, Bukit Beruang, Melaka
Setelah terjadinya beberapa adegan isteri-sindir-suami-buat-buat tak reti.
Juga adegan isteri muncung sehari tak dapat nak makan apa yang dihajati.
Semalam berakhirlah episod luka si isteri.
Bila dapat juga jejak kaki ke Tutti Frutti.
Ehe..
Juga adegan isteri muncung sehari tak dapat nak makan apa yang dihajati.
Semalam berakhirlah episod luka si isteri.
Bila dapat juga jejak kaki ke Tutti Frutti.
Ehe..
| Saya punya. Banana and strawberry yogurt dengan melon yogurt. Toppings : lychee, dried berries, longan dengan strawberry syrup. |
| Terlampau sejuk untuk si kecik ni. |
| Agak luas dalamnya. Baru buka kan. Kerusi bau kedai lagi..hehe Dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pada 20.11.2011. |
| Suami kata "eh, takde pun benda-benda topping macam tu" ..heh |
| Sila abaikan budak kecik tengah berusaha menggaru belakang sendiri. |
| Yogurt dispenser. *ye ke namanya dispenser?* |
Tibalah masa untuk suami-sindir-isteri.
Harga boleh tahan gabak juga Tutti Frutti ni.
Suami kata boleh buat belanja makan lunch 2 hari.
Eleh, macam makan hari-hari pun.ehe
Inilah power of blogging.
Daripada orang yang tak tahu menahu.
Sampai teringin sangat nak merasa.
Dah lama di KL tapi baru di Melaka.
Kesimpulannya, siapa yang minat dengan yogurt mungkin suka.
Saya okay je, cuma semua toppings adalah sangat manis.
Terlampau ngeri untuk ibu mengandung diabetic seorang ini.
Tapi ini mungkin bukanlah lawatan pertama dan terakhir walaupun mungkin tak akan sekerap mana.
Subscribe to:
Posts (Atom)